Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, March 9, 2011

Rendang Daging

Assalamualaikum..ni la lauk utk nasi kunyit tu..rendang daging..kita memang suka kalu ada daun2 knyit..rendang kita ringkas2 je..nk keje senang org kata..hehe..rspi kita update kmudian..nk sttlekan krja rmah dlu..kain lum jmur lgi tu..

Rendang Daging by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan

  • 400g daging - dipotong nipis saiz sederhana
  • 3-4 cawan santan
  • 3 sudu besar cili kisar - rebus cili kering dan kisar @ 6-10 tangkai cili kering, rendam sekejap dalam air panas dan kisar bersama bahan yang bertanda *
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 inci lengkuas *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 3 biji cili padi merah (boleh kurang atau tambah) *
  • 2 batang serai - dimayang *
  • sedikit gula melaka (sebesar ibu kaki) - maz guna gula keping kelantan
  • 1 helai daun kunyit - dimayang halus
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 1 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa

Cara

1. Daging direbus dulu sehingga hampir lembut/empuk, kemudian toskan. Kalau guna daging batang pinang tak perlu direbus dulu.

2. Kisar hingga lumat bahan yang bertanda * bersama sedikit santan.

3. Dalam periuk, masukkan daging, bahan yang dikisar, santan, cili kisar dan asam keping. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerisik, daun limau purut dan gula keping/gula melaka dan kacau selalu agar tidak berkerak.

4. Perasakan secukup rasa dan masak sehingga kuah tinggal separuh. Kemudian masukkan daun kunyit dan kacau balikkan agar sekata.

5. Masak sehingga kuah hampir kering. Siap.

rendang ni saja buat xkering sngat sbb dah xde kuah lain lagi dah..kang trcekik plak..hehe..

8 comments:

  1. Assalam kak maz,uish nmpak sedap betol la daging akak nih,nak resepi blh kak..Telan air liuq dah ni kak..ngee..

    ReplyDelete
  2. alamak peroit kak ilah dah berbunyi ni maz,nak dtg jauh lak, kirim pos laju ya kak tunggu .sedapnyaaaa. kalau dah habis buatkan ya..hehehe

    ReplyDelete
  3. pemakan-pemakan kat umah eina ni pun suka rendang yg basah sikit..kalau buat rendang kering x layan lgsg..hehehe

    ReplyDelete
  4. kak maz, saya dtng bawa piring nk tapau skit rendang ni...nasi kunyit tu pun nak gak...hehe adehhhh terliur dah nk mkn rendang ni...hehe

    ReplyDelete
  5. maz~kwn2 semua..memang gndingan yg seswai bgi kita..hehee..rndang simple je ni..kita ni maleh nk buat yg remeh2..pda yg tnya rspi tu kita dah taip ye..harap kna nga slera..mksih sdi luangkan msa amik bau rndang kita ni..lebiuu..

    ReplyDelete
  6. Rendang daging, mmg kesukaan sy, tak kira la makan dgn nasi utih ka , ketupat ka....mmg best

    ReplyDelete
  7. Rendang daging, mmg kesukaan sy, tak kira la makan dgn nasi utih ka , ketupat ka....mmg best

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...