Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, December 25, 2014

Ikan Makroona Masak Tempoyak..Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul...

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..sama2 kita panjatkan doa semoga keadaan banjir yg melanda pantai timur terutama kelatan yg terjejas teruk segera pulih...memang sedih sngat tgk bnyk kwasan yg tengelam sepenuhnya...Alhamdulillah kmpung bonda xdinaiki air lagi stakat ni...tpi kwsan pasir mas dan pekan nk masuk ke kampung tu dah trputus jln tghari tdi...memang besar ujianNya buat rakyat kelate thun ni...semoga kita semua redha dan tabah mengharunginya...tpi berat mata memandang berat lgi bahu yg memikul...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Makroona Masak Tempoyak by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan makroona @ ikan yang sesuai
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 1/2 inci lengkuas *
  • 1-2 sudu besar tempoyak
  • 3-4 biji cili padi merah @ cili merah
  • kacang bendi secukupnya
Cara-cara

1. Tumbuk lumat bahan * dan cili padi.
2. Dalam periuk masukkan air secukupnya, bahan tumbuk dan tempoyak. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan dan perasakan secukup rasa dengan sedikit garam dan gula. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dari tempoyak. Masukkan kacang bendi dan masak sekejap biar ikan masak dan sayur sedikit lembut.

lauk ni pun lama sngat dah peramnya...pestime beli ikan ni...kat sni namanya ikan makroona...kat msia xprnah npak lgi ikan ni selama ni...badannya leper skit dri ikan haruan dan berwarna sedikit kelabu cerah...memang sedapp msak tempoyak atau asam pedas...tpi ada tulang skit...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...