Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, December 26, 2014

Miang Kham Lagi @ Thai Leaf Wraps

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa ni'mal wakil'..padaNya tempat kita bergantung...semoga Allah makbulkan doa kita semua dipagi jumaat yg barakah ni agar keadaan banjir segera pulih...bayangkan mcmana keadaan mangsa2 banjir..ada saudara yg dipindahkan kepusat pemindahan kat tanah merah keluarga dah xdpt nk hubunginya...mgkin tlipon dah xde bateri...letrik pun xde...kakaknya memang susah hti sngat...anak 6 orng...memang sayu dan sedihh sangattt...akhir kata teruskan berdoa mohon keadaan banjir segera pulih dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...sblum ni dah updated miang kham ni...ada kat sini...Inysaa Allah semoga jumpa lgi...

Miang Kham @ Thai Leaf Wraps by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Sos Manis
  • 120g thai palm sugar (nisan putih - seperti dalam gambar)
nisan putih (thai palm sugar)
  • 2 keping hirisan halia
  • 1 sudu kecil udang kering thai (seperti dalam gambar, yang warna oren)
  • sedikit air (dalam 1/2 cawan)
  • sos ikan (nampla) secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat halia dan udang kering.
2. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali sos ikan. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala hingga mendidih lama sikit.
3. Masukkan sos ikan secukup rasa. Masak lagi biar mendidih atau renih biar lama sikit. Padamkan api (sos akan menjadi pekat bila dah sejuk sikit, air tu agak-agak la ye, jangan banyak sangat, maz tak sukat pun sebenarnya, sos ni pekat mcm susu pekat gituw dan rasanya memang manis sebab nak seimbang dengan rasa bahan lain).

Bahan Lain
  • daun kadok secukupnya
  • limau nipis
  • halia muda
  • cili padi merah/hijau
  • kacang tanah yang digoreng
  • bawang merah
  • udang kering thai
  • kelapa goreng - hiris halus kelapa dan goreng hingga perang tanpa minyak (bukan kelapa parut ye)
Cara : Ambil sehelai daun kadok, letak sikit setiap semua bahan, masukkan sos manis secukupnya. Bungkus sikit dan kunyah. Sedappp sangat.

lgi misi menghabiskan gambar lama...dah lama la jgk xmkn sireh daun kadok ni...xde stok kat asian store...tmbah skrang ni thailand pun tgh bjir jgk...tpi kata org kedai tu bukan musimnya...maz dgn suami memang sukaa sngat mkn daun kadok ni...pas shelai2 msuk mulut...xleh stoppp...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...