Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, December 4, 2014

Sup Ikan Merah

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'...jarang2 ada menu ikan kat dpur ni...klu prgi psar tu beli jgk ikan skli skala...tpi balik2 msak cara sma je...sup ni pun dah lama la jgk...beli 3 ekor ikan merah sedang...1 buat fish n chip..sekor lgi greng gtu je...yg buat sup ni pun babanya je yg mkn...tukang msak ni amik la jgk rsa skit...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Sup Ikan Merah by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan merah saiz sedang - cuci bersih dengan asam limau dan toskan
  • 2 biji buah tomato -belah 4
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 inci halia - ketuk
  • 1 uncang rempah sup atau sup bunjut
  • 1 biji bawang besar 
  • 2-4 batang daun bawang - amik bahagian bawah @ calery 
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis *
  • 5 ulas bawang merah - hiris nipis * 
  • 1 biji limau nipis 
  • cili pada
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • daun sup/bawang secukupnya
Cara

1. Panaskan sikit minyak dan buat bawang goreng bahan bertanda *. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam periuk masukkan air secukupnya, halia, sup bunjut dan bawang putih. Masak biar mendidih.
3. Masukkan semua bahan lain kecuali jus limau dan cili padi. Masak biar ikan masak dan perasa secukup rasa.
4. Perahkan jus limau, tabur daun bawang/sup,cili padi dan bawang goreng masa menghidang.

maz klu buat sup xsuka sngat jenis tumis tu...xnk berminyak...biasanya main lebur gini je...tgk sup ni terus terasa lapar la plak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...