Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, September 13, 2015

Bingka Keledek @ Kuih Bakar Keledek

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..bertemu kembali stelah agak berbulan jgk xupdate blog ni, sebenarnya menyepi lama tu blik Msia lepas Aidilfitri hritu..dh 2 minggu la sampai sni..biasa la tu deh, klu dh lama tinggal dapur maya ni amik masa jgk la nk tunggu mood tu dtg blik, tambah masa pun xberapa mengizinkan..Alhamdulillah sbln lebih jgk kat tanah air..dpt la lepas rindu dgn kelapa muda, pasar mlm..buah2, durian mesti la kan..cempedak, durian belanda, pulasan..kebetulan memang tgh musim buahan..memang xmasak langsung kat rumah..mkn luar je hri2..maklum la rumah tinggalkan, xde apa barang..pastu klu siang hritu tu masa bnyk hbis kat luar..ye la klu blik tu mcm2 la nk buatkan dan sempat jgk cuti2 indonesia dan singapore blik hritu, kat indonesia pun xlepas peluang cri buah duriannya..ok la pagi ni cuci mata dgn bingka keledek atau nama lain kuih bakar..ni pun xleh lama sangat lepak depan lappy ni..Insyaa Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Bingak Keledek @ Kuih Bakar Keledek by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 250g keledek - rebus, sejukkan
  • 100g gula *
  • 150ml santan *
  • 50ml air *
  • 50ml susu segar *
  • 90g tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 3 biji telur
  • 2-3 titik pewarna kuning - jika perlu
  • bijan secukupnya
Cara

1. Panaskan oven suhu 180 C. Sapu loyang dengan sedikit mentega atau minyak sayur/masak.
2. Kisar lumat keledek yang telah dikupas kulit bersama bahan bertanda *.
3. Masukkan tepung gandum, garam dan kisar lagi biar sebati, kemudian masukkan telur dan pewarna, kisar sekejap sekadar untuk sebatikan.
4. Tuang dalam loyang, tabur bijan secukupnya dan bakar selama 50-60 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing-masing.
5. Keledek tu kalau boleh amik bahagian tengahnya, hujungnya kalau berserat/serabut jangan amik, takut nanti kuih tu akan terasa serabut keledek tu.

ni pun snap yg dh semlman dlm peti..sbb asalnya xsnap pun, rupanya lgi sedappp la rasanya yg dibiar semlman..lgi terasa keledeknya..wpun duk dlm peti, tapi tetap lembut..memang sedapp dan nk buat pun mudah sangat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...