Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, September 15, 2015

Spaghetti With Garlic and Sun Dried Tomato

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..kembali dgn gambar lama, ni juadah masa dlm bulan puasa hritu lagik..kadang2 tu xde idea jgk nk masak apa, ditambah dgn bahan mentah yg terhad..jdi pasta la yg akn jdi pilihan..yg pasti mudah dan cepat disediakan..hati ni masih terasa rindu dgn suasana msia..belah ptg ada pisang goreng, pasar mlm..kat sni menunya sama je semua tempat..klu tghri semua jual nasi arab..ptg sampai ke mlmnya tikka iaitu kambing bakar atau shawarma..Inyaa Allah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

Spaghetti With Garlic and Sun Dried Tomato by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2 paket spaghetti - rebus biar lembut sikit dengan sedikit garam dan minyak zaitun
  • 1/4 cawan extra virgin minyak zaitun
  • 4-5 ulas bawang putih - cincang
  • 3-4 keping tomato kering - ada jual kat pasaraya, yang dalam minyak zaitun pun boleh - potong kecik
  • lada bengala hijau/merah secukupnya - dadu
  • sedikit serbuk pati ayam
  • sedikit cili flakes
Cara

1. Dalam kuali panaskan minyak zaitun, masukkan bawang, tomato kering dan tumis biar bawang layu sikit.
2. Kemudian masukkan cili flakes dan lada bengala, masak sekejap biar sayur lembut, masukkan spagheti yang telah ditoskan dan serbuk pati ayam, sebatikan dan kalau rasa terlalu kering boleh tambah minyak zaitun sikit lagi (kalau boleh bila spagheti hampir masak dapur sebelah terus sediakan bahan untuk buat pasta ni, agar spagheti tidak terlalu kering), padamkan api dan boleh la dihidang bersama cheese serbuk jika suka.

kat rumah ni asalkan pasta memang dpt sambutan..ni pun versi mudah je, kebetulan tomato kering yg beli masa kat istanbul dlu ada lagi..guna je la dri duk simpan lelama tu..jenis plain gini mkn lebih skit pun takpe deh..klu masuk cream cepat muak plak kan..

1 comment:

  1. alahai.. xterpikir nk beli tomato kering kat istanbul.. tun bw balik some dried herbs yg susah nk cari kat msia je.. tun pon minat mkn pasta. kdg2 just buat plain pasta with garlic ngan olive oil je. tabur oregano sket.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...