Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, September 30, 2015

Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum w.b.t..'Hasbunallah wa'nik mal wakil'..rsanya mcm lama jgk dh xkluar kek kat dapur ni..bkn xmembaking, cuma kadang2 tu buat dgn keadaan nk cepat..malas nk make up apa, jdi tu yg xposing..cheese kek ni pun xhingat dh bila kejadiannya, bila klik kat gmbar tu tgk bertarikh 21hb 4 lgik..rupenya kejadian sblum Ramadhan lgik, sibaik la masa tgh buat tu tulis terus apa bahan yg diguna dlm phone..klu tak memang sah ler xhingat kan, ni pun kejadian kes nk perabis cream cheese..klu dah cheese kek tu memang sedapp la kan..lemak berkrim..tgk kek ni rsa teringin la plak nk mkn..Inysaa Allah semoga ketemu lgi dan harap dpt dimaafkan apa yg tidak sempurna dri maz..

buat pun kecik je, memang dri dlu gitu la..maz jarang buat kek versi banyak..kira skli mkn bleh hbis..

Oreo Cheese Cake (Baked) by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan (loyang loose base 5 inci)
  • 7-8 keping biskut oreo - untuk dasar kek
  • 200g cream cheese - suhu bilik, tapi maz terus guna je yang dari peti
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3 sudu besar sour cream
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil jus lemon
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 2-3 keping biskut oreo - hancur sedikit kasar *
Cara

1. Panaskan oven suhu 150 C. 
2. Untuk dasar kek, keluarkan krim putih biskut kemudian hancurkan sepenuhnya (maz masuk dalam plastik dan ketuk bagi hancur), kemudian tekan dalam loyang biar kemas dan rata, masukkan dalam peti sementara sediakan keknya.
3. Dalam mangkuk putar cream cheese dan gula sekejap, masukkan semua bahan lain kecuali biskut oreo dan putar sekadar sebatikan semua bahan.
4. Masukkan biskut bertanda * dan krim putih yang dari biskut untuk dasar kek tadi, kacau sikit biar biskut berselerak.
5. Tuang dalam loyang, tabur sikit lagi biskut atasnya (loyang ni mesti dibalut dengan aluminium foil biar kemas agar tidak masuk air), bakar secara waterbath (loyang kek dalam loyang yang berisi air panas).
6. Bakar selama 60-70 minit, bila kek dah masak buka sikit pintu oven dan biar kek sejuk dulu dalam oven sebelum dikeluarkan.
7. Sejukkan sepenuhnya selama 6-8 jam atau semalaman dalam peti.

rspi ni main ejus rspi kek oreo yg pernah buat dlu..kat rmah ni klu cheese kek ni memang laku la, suami dgn abangngah suka sangat..oreo skeping atas kek tu maz letak masa kek dh sejuk sepenuhnya..

1 comment:

  1. Salam...menggoda betul kek tu....biskut yg atas tu xtahan...mkn sejuk2 sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...