Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, September 14, 2015

Udang Sos Thai

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..apa kbar semua dan bertemu skli lgi..Inysaa Allah esk 1 Zulhijjah dan digalakan utk kita berpuasa sunat 10 hari pertama pada bln ni hingga la hari arafah..biasanya klu lauk udg pasti akan buat tomyam atau gulai kuning..tpi ni saja ubah pesen skit dri biasa sbb dah buat sup daging sebagai pasangannya..ala2 masak sambal je cuma masuk daun limau purut..sbb ada daun limau tu yg bagi nama udang sos thai, memang membangitkan selera la lauk udg ni..semoga bersama lagi dilain masa, Insyaa Allah dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna dri maz..

Udang Sos Thai by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 8-10 ekor udang saiz XL - belah belakang, buang urat hitam
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 4-5 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 3-4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit gula perang
  • minyak masak secukupnya
Cara

1. Cuci dan toskan udang biar kering, kemudian lumur sedikit garam kunyit.
2, Tumbuk lumat atau kisar bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak secukupnya, goreng udang sekejap dikedua bahagian (separuh masak je) kemudian angkat dan ketepikan, buat sampai habis.
4. Dengan kuali lain, panaskan minyak untuk menumis secukupnya (agak-agak la ye), masukkan bahan tumbuk dan tumis biar bawang masak, kemudian masukkkan cili kisar dan tumis biar pecah minyak.
5. Masukkan daun limau purut, sos cili, sos tiram dan sedikit gula perang, kacau sebati dan tambah sedikit air jika perlu.
6. Perasa secukup rasa, kemudian masukkan udang dan balik-balikkan agar sebati dengan bahan sos (masa ni guna api perlahan).
7. Tabur sedikit daun ketumbar jika suka dan boleh la dihidang dengan nasi putih.
Nota ilhamdapur : kalau guna udang kecil boleh terus masuk dalam sos, tak perlu digoreng dulu.

Alhamdulillah suami dan abangngah sukaa la plak..sedappp, nak buat pun mudah je dan bahan pun ringkas sangat..tukang masak ni gitu la deh, duk cari yg mudah2 je..tghri ni Insyaa Allah tomyam udang lgik..mlm kelmarin pun tomyam udang dh..suami memang sukaa sangat hirup tomyam panas..

1 comment:

  1. Fren..dh sihat ke tu?
    Wah nmpk sedap sgt udang tu...nnt boleh cube..rcp dpur bahrain mmg terbaek

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...