Assalamualaikum w.b.t..Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni..Inysaa Allah semoga dilapangkan segala urusan kita yg membawa kebaikan hari ni, bkesempatan bersiaran sekli lagi dipagi khamis..antara juadah yg teramat kurang sekli muncul kat dapur ni, memang jarang buat puding agar-agar ni sebab xde sambutan..anak xminat, ni pun buat sikit je..tu pun masih kena bermlm jgk separuh dlm peti..boleh 2x mkn..kira masih fresh lagi la puding ni..biasanya gambar yang dah berbulan peram baru nk n3, takpe la deh..kejadian puding ni pun kerana layan selera berpuasa..tetiba dtg keinginan pgi kelmrin nk mkn puding roti ni..masa tu susu cair pun takde stok, pastu cal suami sruh beli masa hntar anak sekolah blik..
dh pkul 2 lebih la buat puding ni, nak cepat malas nk cari rspi..nak masak lagi, dgn anak blik skolah nak mkn..memang main buat sungguh, tawakal je sambil dlm hati berkata kalau lembik mkn je la dgn sudu..klu keras pun masih boleh makan lagi kan..masa blog lama dulu pernah skli cuba buat puding marble..cuma ni buat ikut kata hati..Alhamdulillah elok hasilnya tidak keras atau terlembik..dlm 2 jam dah boleh potong..manis pun cukup, abangngah tukang rasa..dgn lemak berkrim, sedappp..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas setiap yg tidak sempurna..
Puding Coklat by http://ilhamdapur.blogspot.com
Baha-bahan
- 10g agar-agar tali - maz guna jenama giant
- 500ml air
- 160ml susu cair
- 10 sudu besar gula
- 1/4 cawan susu pekat
- 2 keping roti - koyak sikit, maz guna sekali dengan kulit tepi
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil serbuk koko
- 1/2 sudu kecil coklat emulco
- sedikit essen vanilla
Cara
1. Sediakan acuan puding, guna bekas kecik sebab resipi ni sikit je (maz guna acuan silicon yang dalam pic tu) kalau guna loyang basahkan sikit acuan dengan air agar mudah dikeluarkan nanti.
2. Dalam periuk satukan agar-agar, air dan gula, masak hingga agar-agar larut sepenuhnya.
3. Sementara tu dalam pengisar masukkan roti, susu cair, garam dan susu pekat manis, kisar biar lumat.
3. Bila agar-agar dah larut sepenuhnya, masukkan roti kisar dan kacau sebati (masa ni guna api perlahan je), rasa la sikit kalau kurang manis boleh tambah gula 1-2 sudu lagi, agar-agar masa tengah masak biar manis tu terlebih sikit sebab bila dah keras manisnya akan jadi kurang.
4. Bahagi kepada 2 bahagian dan lebihkan sikit sukatan untuk bahagian bawah (lapisan putih) atau sebaliknya, terpulang la pada kita, kemudian tuang dalam acuan dan sejukkan dalam peti.
5. Sementara 1 bahagian lagi campur serbuk koko dan coklat emulco, sebatikan (maz sebati guna blander, nak cepat) kemudian masukkan balik dalam periuk dan biarkan atas api perlahan je sambil dikacau sekali sekala hingga lapisan pertama tadi sedikit keras.
6. Bila lapisan pertama tadi dah keras sikit, sendukkan atau guna sudu dan tuang perlahan-lahan atasnya (pegang senduk tu rendah je, maknanya senduk tu biar rapat dengan lapisan yang dah keras tu), masukkan dalam peti selaam 1-2 jam atau biar keras sepenuhnya sebelum dipotong.
memang guna cara senang sungguh buat puding ni kelmrin..main gunting tengah je agar-agar tali yg dalam paket tu..1 paket ada 20g, kira bahagi 2 la agar-agar tu..gula pun main buh guna sudu plastik yg utk jamuan tu je..kihkihh..adoiii! sebab kebetulan sudu tu yg ada dlm botol gula..tapi dlm rspi tu guna sudu matrik la ye, maz dh sukat blik dgn sudu tu..klu sudu plastik jamuan tu smlm maz guna 12 sudu, 1 sudu jamuan tu xsampai 1 sudu besar matrik..tu yang letak 10 sudu je..nanti ejus la kalau kurang manis..air tu maz guna cawan la masa nk isi dlm periuk..susu cair pun main tuang je semua dari tin..tapi tin kecik la, 160ml..
No comments:
Post a Comment