Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, September 21, 2015

Kari Ayam Tanpa Santan

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..Insyaa Allah tinggal beberapa hri lgi nk sambut Aidiladha, mungkin ada yg dh mula blik kampung..terutamanya belah klate, sana memang meriah raya haji..bunga api dum dam sana sni mcm raya puasa la jgk, dah 8 tahun rasanya xsambut raya hari haji dikampung kelahiran..rindu plak dgn suasana dulu2, klu blik kmpung ni anak-anak la yg paling suka sangat..ishh! jauh plak mengelamun pagi ni..jom cuci mata dgn kari ayam yg dlm puasa lepas jgk ni..kejdian awal bln 7 lagik..dh kerap sangat duk mkn kari india kat sni, jdi kita cuba masak kat rmah la plak..cicah dgn roti pun boleh..layan dgn nasi putih pun sedappp..Inysaa Allah semoga bersama lgi dan mohon maaf atas kukurangan yg ada..

Kari Ayam Tanpa Santan by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong saiz sederhana besar
  • 4 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 tangkai daun kari 
  • 3 biji cili kering - kerat 3
  • 3 sudu besar serbuk kari 
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis (cumin)
  • 1/2 sudu kecil jintan putih
  • 1 keping asam gelugur
  • rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 3 bunga lawang, 3 buah pelaga, 3 bunga cengkih)
  • sayuran - maz guna apa yg ada dlm peti je (ubi kentang, terung, bendi dan cili hijau/cili padi)
  • garam gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Cuci ayam bersih dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *
3. Satukan serbuk kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis, bancuh dengan sedikit air jadikan pes.
4. Panaskan minyak secukupnya, tumis rempah 4 sekawan dan daun kari sekejap kemudian masukkan bahan tumbuk, cili kering, jintan putih dan tumis biar wangi.
5. Masukkan serbuk kari dan tumis biar pecah minyak, kemudian tambah air 3-4 sudu dan tumis lagi agar rempah masak sepenuhnya.
6. Masukkan ayam, balikkan biar sebati dengan bahan rempah dan masak selama 8-10 minit sambil tutup periuk biar ayam keluarkan jusnya sambil dibalik sekali sekala.
7. Tambah air secukupnya (dalam 2 cawan ke), masukkan sayuran (kalau sayuran yang cepat lembut macam bendi tu masukkan kemudian sikit), asam keping, garam dan gula. Masak biar mendidih sambil dikacau sekali sekala.
8. Bila ayam dan masak dan sayuran lembut, perasa secukup rasa dan padamkan api.

masakan org india, pakisatan atau bangla memang guna bawang banyak deh..tu yg kuahnya jadi pekat elok wpun tak masuk santan..tpi kari ni versi cincai je..bleh la utk mkn sdrik tu kan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...