Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, April 11, 2019

Almond Pretzel With Caramel Sauce ala Auntie Anne's

Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
maap la ye ni pon pic lama dh, tpi memang dh ada dlm draft..biasanya memang gitu akn terus tulis rspi lepas buat tu kat draf siap2 tkut terlupa klu dh lama, jdi sbb dh ada pic dan rspi yg buat ni dlu maz update lah jgk sbgai rujukkan dan kenangan..sbnarnya bkn susah pn nk buat pretzel ni, cuma malas tu yg lebih..ni main uli tngan je sbb buat pon skit sngat, pretzel auntie anne tu memang pabret kami sklrga..klu blik blik harus beli sokmo org kata, selain pretzel almond ni..cheese nuget bite auntie anne tu pon suka sngat dgn rasa lemak masinnya tu, dh lama duk pendam rasa nk try buat..tpi tu la bila mood dan kerajinan tidak bersatu, maka tidak ada hasil lah jwbnya..Insha Allah semga jumpa lagi dan mhn maaf andai ada salah dan silap..

Almond Pretzel Ala Auntie Anne's by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (6-7 biji)
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna @ tepung high protien (tepung roti)
  • 1 sudu besar yis kering - mauripan dll
  • 1 cawan susu suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar mentega lembut - maz guna unsalted
  • almond nib secukupnya - optional
Bahan B
  • 1 cawan air suam + 1 sudu besar soda baikarbonat (sediakan bila doh dah dibentuk)
  • 1/2 cawan metega cair panas - maz guna unsalted (sediakan bila pretzel dah keluar dari oven)
Karamel
  • 1 cawan gula kastor @ bleh guna gula perang
  • 130ml whipping cream UHT
  • 6 sudu besar mentega susu bilik
  • secubit garam (abaikan jika guna mentega biasa)
Cara

1. Satukan 1/2 cawan susu, yis dan gula, biar sekejap dalam 5 minit.
2. Masukkan tepung sambil dikacau dengan garfu buat bulatan jam, masukkan baki 1/2 cawan susu (ikut keperluan bergantung pada jenis tepung yang digunakan).
3. Masukkan garam dan mentega,  uli 8-10 minit hingga jadi doh yang lembut (boleh guna stand mixer/bread maker, maz uli dgn tangan sbb buat pon sikit je), sapu sedikit mentega pada dasar mangkuk, letakkan doh yang telah siap diuli dan rehatkan selama 30-40 minit atau biar doh naik sekali ganda.
4. Tumbuk doh sikit buang angin, bahagi kepada 10 (maz timbag 30g setiap satu), gentel panjang dalam 2 jengkal sebesar jari telunjuk, buat sampai habis.
5. Pegang ke dua hujungnya dan celup dalam air soda bikarbonat, letak atas dulang dan simpul bentuk pretzel (bagi maz buat macam ni lagi mudah dari bentuk dulu baru celup, kalau tak tahu cara nak simpul pretzel tu boleh tengak kat youtube), jarakkan 1 1/2 inci setiap pretzel.
6. Tabur almond nib sambil tekan sikit biar lekat dan bakar selama 12-15 minit atau hingga perang dengan suhu 180 C dalam oven yang telah dipanaskan dulu selama 10 minit.
7. Bila dah masak, celup pretzel dalam mentega cair (dari bahan B) ketika masih panas.
8. Sedia untuk dihidang bersama karamel sos.
9. Untuk buat karamel sos, satukan gula dan mentega, guna api perlahan masak hingga gula larut bertukar warna dan berbuih. Kemudian masukkan whip cream sambil dikacau selalu hingga pekat.

tgk pic ni meronta2 la plak terasa nk mkn..karamel sos tu bleh suaikan kepekatannya, tmbah susu segar atau whip cream klu pekat sngat..

wpun xsama dgn original auntie anne, tpi utk hilang teliur tu org kelantan kata bleh la deh..puas hati jgk la dgn hasil sendiri dan anak2 pon suka..

kat sni xde auntie anne ni..semoga dtg blik mood rajin ni, bleh la berpretzel lgi..tekstur pretzel ni xlembut mcm roti atau bun biasa, sedikit padat gitu tpi sedapp! bila sejuk kena panaskan dlm mv bgi lembut balik..

2 comments:


  1. ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajoqq^^com...
    segera di add black.berry pin 58CD292C.

    ReplyDelete
  2. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu harus mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...