Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, October 19, 2014

Beef Stock..Homemade

Assalamualaikum w.b.t...banyk kli dah jgk buat beef stok ni...biasanya buat utk gravy meatball...kat sni nk dpt stok tulang2 lembu ni xde masalah...memang byk kat pasar...ni pun dpt free je dri peniaga yg memang dah biasa duk beli daging dengan dia...yg buat dulu ada kat sini...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

ready utk masuk oven...pastu baru masak atas api selama 2 jam...kli ni maz masuk je smua sekali terus dan masuk oven...

Beef Stock by http://ilhamdapur.blogspot.com/
Bahan-bahan
  • 1kg tulang lembu
  • 2 sudu besar tomato pes (bukan tomato puri ye)
  • 2 labu bawang besar - belah 6
  • 1 batang calery - dikerat
  • 1 batang lobak merah - dipotong
  • 1 pokok daun bawang - dikerat
  • 4 ulas bawang putih - diketuk sekali dengan kulit
  • 4 helai daun bay
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 2 litter air @ secukupnya
  • garam secukupnya
Cara
 
1. Panaskan oven suhu 200 C. Susun tulang dalam loyang dan letak semua bahan-bahan lain bersama.
 
2.Masukkan dalam oven dan masak selama 35-40 minit.
 
3. Keluarkan dari oven dan pindahkan semua ke dalam periuk, tuang sedikit air dalam loyang dan kikis semua dasar loyang yang berwarna keperangan dan masukkan sekali dalam periuk tulang tadi. 
 
4. Masukkan air (dalam 2 liter) dan reneh dengan api sederhana selama 2 jam dan perasa dengan sedikit garam. Bila dah siap keluarkan semua bahan dan tapis dalam bekas yang sesuai.
 
5.  Biar sejuk dulu kemudian keluarkan lemak yang mendap dipermukaan.
 
6. Boleh la disimpan dalam peti selama 4-5 hari dalam botol atau bekas kedap udara dan dalam sejuk beku selama 3-4 bulan. Bila nak guna, keluarkan dulu awal2 awal supaya beef stock ni cair dulu

gravy meatball yg buat guna beef stock ni rsanya seakan sos meatball ikea punye...memang sedapp...meatball pun bleh kali dah berbelas kali maz buat sdrik...stok ni sekali buat tahan utk 2-3 bulan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...