Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, November 11, 2014

Mee Udang Resipi II

Assalamualaikum w.b.t..'Subhnaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim..semoga dipermudahkan urusan yg membaca kebaikan kepada kita semua...Insyaa Allah...kerap sungguh mee kat dpur ni smjak duk buat mee kuning sdrik ni...mee udang ni pun kena peram berbulan2 jgk...ada 2 lgi mee tu duk menunngu...maz dgn suami sukaa sangat mkn mee rebus atau mee udang ni setelah cuba yg memula dlu...ada kat sini...cuma kli cuba buat cara sendiri plak...xmasuk keledek...rasanya tetap memenuhi selera...hirup sampai licin pinggann...utk tghari ni xthu lgi nk masak apa...mungkin udang jgk...sebab tu je yg bnyk dlm peti sepanjang masa...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Mee Udang Resipi II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g mee kuning - maz homemade, resipi ada kat sini
  • 10-12 ekor udang segar saiz sederhana besar
  • 1 mangkuk besar kulit udang
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 3-5 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar udang kering - rendam sekejap, tumbuk lumat
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar pes tomato @ sos tomato
  • 4-5 sudu besar cili kisar (rebus cili kering & kisar)
  • 2-3 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
  • 2-3 sudu besar minyak untuk menumis
  • garam guna secukup rasa & aji jika suka
  • tauhu goreng/daun bawang/daun sup/cili merah/bawang goreng - secukupnya
Cara

1. Rebus kulit udang bersama 1 litter air atau secukupnya hingga mendidih/reneh lama sikit. Keluarkan kulit udang, kisar bersama sedikit air dan tapis airnya, ketepikan bersama air rebusan udang.
 
2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk dan tumis biar wangi. Kemudian masukkan cili kering dan tumis sekejap. Masukkan air rebusan udang dan sebatikan.
 
3. Masukkan semua sos dan masak biar mendidih. Kemudian masukkan tepung jagung dan perasa secukup rasa dan reneh dengan api perlahan biar lama sikit (kalau kurang pekat, tambah air tepung jagung sikit lagi). Masukkan udang segar dan masak lagi dalam 5-7 minit. Bila udang dah masak padamkan api.
 
4. Boleh la dihidang bersama mee (kalau mee beli kena celur sekejap) dan bahan sampingan yang lain.

tgk yg ni pun terasa nk mkn lgik...huhuu...mood la plak xberapa rjin mana nk main tepung shri 2 ni...puas hati mkn yg buat sdrik ni deh...terasa manis kuahnya tu sebab guna stok udang...

1 comment:

  1. Sedapppnyeee....Menyelerakan!

    Mohon share ye resepi ni admin..

    Jemput ke blog saya :
    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian tentang kisah hidup, rumahtangga, anak2 yg comel, tips kesihatan, tips kecantikan dan lain2 :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...