Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, March 14, 2016

Ikan Masak Sambal Hijau

Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, Sunnah Rasulullah saw..semoga Allah SWT protect us, our families from harm and always keep us safe, Ameen
update skli lgi wpun agak lewat dh..cari kelainan skit dlm masakan ikan, asik masak kicap atau masam manis je deh! tu ckp pasal dpur sdrik la ye..ikan masak sambal hijau, ilham dri sambal ijau padang ni..cuma ubah suai sikit masuk daun limau purut, ternyata kombinasi yg amat sesuai skli..sedap la mkn dgn nasi panas, dgn ikan yg digoreng garing dan sambalnya pedas2 manja, waduss! nikmatNya..klu yg suka mkn sambil hidung berair-air bleh lebihkan cili padi, nasi tu mkn ciput tu je la buat syarat..tu pun kira dh langgar pantang diet! klu ikutkan hati memang bleh bertambah2 la layan dgn ikan sambal ni..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

klu xde idea nk masak, skli sekala bleh try ikan sambal hijau ni..Inysaa Allah sedap, cili hijau tu suami buat ulam gitu je..rangup la, pastu xpedas mana..

IKAN MASAK SAMBAL HIJAU by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan, maz tak tahu nama ikan yg guna tu @ boleh guna ikan lain
  • 1/2 labu bawang besar bombay - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 4-5 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi hijau - lebihkan jika suka pedas
  • 3 helai daun limau purut
  • 1/4 cawan minyak sayur
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
Cara

1. Cuci ikan dengan air asam jawa, toskan (semua ikan biasanya maz akan cuci dengan air asam jawa, sebab tak boleh ada bau langsung, tu yang xsemua ikan tekak ni boleh terima).
2. Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit, goreng seperti biasa biar sedikit garing dikedua bahagian, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan 1/4 cawan minyak, goreng bawang putih dan bawang besar biar sedikit perang, toskan.
4. Dengan pengisar kering, kisar semua cili dan bawang goreng tadi biar hancur sikit.
5. Panaskan balik minyak goreng bawang tadi, masukkan bahan kisar, daun limau purut, bahan perasa dan masak seketika biar sambal masak, tambah sedikit air jika perlu dan masak sekejap lagi biar kering.
6. Tuang atas ikan dan sedia dihidang bersama nasi putih.

ni ikan yg maz guna, xthu la org panggil ikan apa..kat sni nama ikan memang lain dri Msia..seangkatan dgn ikan kerapu kut sbb org jual tu letak sekli dlm dulang dgn ikan kerapu, isinya pun mcm ikan kerapu..seakan mcm ikan ni jgk isinya, maz beli ikan ikut yg berkenan dimata, beli 2 ekor..sekor lagi buat masak kering gini jgk, ada la dlm folder tu..

beli cili hijau utk sambal ikan tu kat sni la..geram punya pasal tgk semua segar2, wpun xthu nk buat apa lgi dgn cili tu..janji beli je dlu deh! lalu dtg la ilham utk masak ikan ni..

pasar ni dlm taman yg luas, tempat jualan sayur yg terus dri ladang sekitarnya..mcm2 la yg dijual kat sni..hanya setiap hri sabtu dri bln Nov-Mac je..pasar out door musim sejuk, memang geram la dgn sayur2 segar, pastu borong tomato ceri 4kg utk kunyah2 dgn suami, bnyk mkn sayur la sbb diet kan! main campur je semua dlm 1 plastik sbb harga sama..

aroma daun limau membangkitkan selera betul! maz memang fanatik la dgn daun limau ni..suka sungguh dgn baunya, sambalnya terasa fresh cili..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...