Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, October 1, 2015

Kari Padang Puyuh (Kare Padang)

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni..bertemu skli lagi, terasa cepatnya masa berlalu deh..dh nk masuk penghujung tahun rupenya..menu dari tanah minang la plak, kari puyuh atau bahasa sana 'kare'..sedapp plak masakannya, xde la pedas sangat dan boleh diterima tekak ni, sekali sekala ubah selera..biasa duk masak gaya sama je..xde plan pun nk buat kari Padang ni, tpi sbb ada puyuh yg lebih goreng 3 ekor..tu yg proses try buat kari ni..klu kat sana kari ayam la kan..pepandai plak prgi tkar dgn puyuh ni..sedapp karinya, membangkitkan selera sungguh aroma daun limau purut tu..masakannya xbanyak beza dgn masakan kita, cuma mereka banyak guna rempah..masakan sana jgk banyk masuk daun limau ni..semoga bersama lagi Inysaa Allah dan mohon maaf atas segala kekurangan..

Kari Padang Puyuh @ Kare Padang by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor puyuh - potong 4
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1-2 biji cili merah * kalau suka pedas boleh ganti dengan 4-5 biji cili padi merah
  • 1 sudu besar cili kisar @ 4-5 biji cili kering *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 1 batang serai - ketuk
  • 2 biji buah keras - tumbuk lumat
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 2 cawan kelapa
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 biji cili padi
  • 1 biji timun - jika suka
  • garam, gula dan aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Cuci bersih puyuh dan toskan.
2. Kisar lumat bahan bertanda * atau cara tradisional indonesia tumbuk guna lesung batu yang lebar macam pingan tu.
3. Dalam periuk panaskan sedikit minyak (dalam 2-3 sudu), tumis kayu manis kemudian masukkan bahan kisar dan tumis biar pecah minyak sikit, masukkan serai.
4. Masukkan bahan rempah, buah keras dan tumis sekejap.
5. Kemudian masukkan puyuh, balikkan biar sebati dengan bahan rempah, masak sekejap dan tutup periuk biar keluar airnya.
6. Masukkan sedikit air (dalam 1/2 cawan ke), asam gelugur, sedikit garam, gula, timun, cili, daun limau dan masak biar puyuh lembut sambil dikacau sekali sekala.
7. Masukkan santan, masak biar mendidih lama sikit dan perasa secukup rasa.
8. Boleh la dihidang bersama nasi puith.

kepekatan kuah tu terpulang la pada selera, ni maz buat cair sikit..xsuka sangat klu terlalu pekat pun..memang berselara la layan dgn nasi putih..ada plak sambal belacan dan ulam peria mentah..klu blum ada idea nk msak, bleh la cuba kare Padang ni..

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...