Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, December 3, 2015

Chicken Stew

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar..sahabat yang telah dijanjikan syurga semasa hayatnya lagi..
kembali dgn gambar lama, dh berbulan peram ni..rsanya buat utk alas perut mlm la jgk, maz suka masak stew stail masuk oven ni..senang keje kan, buh dlm tu..pastu tunggu amik je, xpayah nk kacau apa..dan yg penting sedapp, ada 1 jenis lagi versi mudah jgk..yg tu baked chicken, dh buat 3-4x rsanya cuma skli pun xsnap lgi sbb setiap kli buat mood nk pegang kamera tu xde..memang ada tau skli skala tu rsa mcm tu, klu xde idea utk masak bleh la skli sekala tukar selera dgn menu ayam stew ni..anak2 mesti suka, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

CHICKEN STEW by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 sudu kecil ada hitam
  • 1/4 cawan tepung gandum *
  • 1/2 sudu kecil italian herbs (basil/rosemary/oregano dll) *
  • 1/2 sudu kecil cayenne pepper *
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) *
  • 1/2 sudu kecil onion powder *
  • 1/2 sudu kecil serbuk paprika *
  • 2 sudu besar mentega 
  • 2-3 sudu besar minyak zaitun/sayur
  • 1 batang lobak merah 
  • 1 biji ubi kentang
  • sedikit kicap manis - untuk gelapkan warna sos
  • sedikit garam
Cara

1. Panaskan oven 200 C.
2. Bersihkan ayam dan toskan, lumur sedikit garam pada seluruh ayam dan masukkan bawang putih dicelah kulit atau isi ayam.
3. Dalam mangkuk sebatikan semua bahan bertanda *, kemudian lumur separuh pada seluruh kulit ayam, tepung yang lebih tu ketepikan untuk guna kemudian.
4. Panaskan periuk (yang boleh terus masuk oven), masukkan mentega dan minyak zaitun atau minyak sayur, susun ayam 2-3 ketol dan masak biar perang dikedua bahagain (dalam 2-3 minit setiap bahagian), angkat dan ketepikan dan buat sampai habis.
5. Dengan periuk yang sama, tambah sedikit minyak lagi jika perlu, masukkan lobak merah dan kentang, masak sekejap agar sedikit perang kemudian angkat dan ketepikan.
6. Tambah sedikit minyak lagi, masukkan bawang cincang, lada hitam dan daun bay, masak biar bawang layu.
7. Masukkan baki tepung tadi dan kacau dengan senduk kayu agar tidak berketul, kemudian masukkan air secukupnya (dalam 1 liter).
8. Masukkan pati ayam dan kacau agar tepung sebati dengan air, kemudian masukkan sayuran tadi ,sedikit kicap dan perasa secukup rasa, boleh tambah sedikit garam jika perlu.
9. Masukkan ayam dan tutup periuk, masukkan dalam oven.
10. Masak selama 20 minit kemudian kacau sikit dan masak lagi selama 30-35 minit biar ayam lembut.
11. Boleh la dihidang bersama roti bawang putih/kentang putar atau nasi putih (maz guna roti keping je utk buat garlic bread tu, sapu mentega pada kedua bahagian roti, masukkan dalam oven biar perang sikit atau toaster kemudian sapu dengan bawang putih).

stew gini memang pabret umat kat rmah, terumatnya anak bongsu..suka sangat dia dgn masakan ayam, pastu ayam kat sni saiz kecik molek je..memang sdpp la, boleh dihidang bersama roti putih atau garlic bread..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...