Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, December 6, 2015

Nasi Biryani Kambing (Pakistan Style )

Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), cuci mata dgn nasi biryani la plak, tpi ni pun kejadian hjung bln 10 lgik..gitu la dapur ni delay tu dh biasa deh, yg bleh dtg keinginan nak try masak nasi versi 2x proses ni sbb biasa jgk la duk mkn nasi biryani ni klu masuk restoran pakistan atau india, jdi dri stu la rasa nk cuba utk buat sdrik..tabiat mokcik ni gitu la, mesti nk buat sdrik jgk..mungkin npak mcm rumit sikit penyediannya sbb kena masak secara berasingan, tapi xde susah mana..kambing biar duk dlm presure cooker, pastu bila dh nk masak rebus beras..pastu lapis dan masak plak skejap lgi, yg penting kita kena paham dlu cara bila nak buat sesuatu agar tak kelam kabut..umat kat rmah ni kata sedap, jadi dh ni mami..bleh berpuas hati dh la dgn hasilnya, wangi dgn bau ketumbar, cili hijau dan bawang goreng..Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan harap dpt dimaafkan atas kekurangan yg ada..

utk masak nasi yg penyedian 2x ni, seeloknya guna periuk jenis tebal, mcm vision atau corningware agar tidak hangus dibawah, atau bleh guna cara lapik 2 periuk..tapi pastikan ditutup dgn rapat, balut dgn tuala kelilingnya agar wap tak keluar, sbb wap tu guna utk masak nasi..

NASI BIRYANI KAMBING (PAKISTAN STYLE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia * - tumbuk lumat bersama
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk garam masala
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/8 sudu kecil jintan putih
  • 1 kayu manis, 3 bunga cengkih, 3 biji buah pelaga
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 4-5 biji cili hijau
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit daun ketumbar - cincang
Cara

1. Gaul sebati kambing dengan bahan tumbuk, semua bahan serbuk, yogurt, sedikit garam dan daun ketumbar, peram selama 30 minit.
2. Dalam periuk tekanan, panaskan 1 sudu besar minyak (guna minyak yang goreng bawang tadi atau minyak sapi), tumis rempah 4 sekawan, jintan puith, kemudian masukkan kambing perap.
3. Masak sekejap biar keluar airnya, tambahkan air dalam 1 cawan dan masak biar mendidih sikit.
4. Perasa secukup rasa, masukkan cili hijau dan tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak selama 40 minit atau daging lembut dengan api perlahan.

Nasi
  • 2 labu bawang besar - buat bawang goreng
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit+1 sudu kecil garam 
  • 1 kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 2 bunga lawang, 7 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1/8 sudu kecil jintan putih
  • sedikit minyak api
  • sedikit pewarna oren dan kuning (untuk buat warna oren, bancuh sedikit warna merah+kuning)
  • sedikit daun ketumbar
Cara

1. Didihkan air dalam 1 1/2 liter bersama rempah 4 sekawan, masukkan beras yang telah ditoskan dan masak hingga nasi hampir masak 80 % atau bila beras timbul kepermukaan, ok la tu, toskan.
2. Sapu sedikit minyak sapi pada dasar periuk (guna periuk jenis tebal atau  periuk kaca vision/corningware) agar bila masak nanti nasi tidak hangus dibawah atau berkerak.
3. Dalam periuk ni, ratakan 1 lapisan beras yang dimasak tadi, kemudian letak pula lapisan kambing dengan sedikit kuah, tabur bawang goreng dan daun ketumbar.
4. Ulang proses ni hingga habis (buat 3-4 lapisan, agar nasi masak sekata) dan lapisan atas sekali tabur daun ketumbar dan bawang goreng.
5. Bila dah siap lapis, guna hujung sudu buat 5-6 lubang dan tuang pewarna secara selang seli.
6. Tutup periuk dengan kemas (jika perlu balut keliling tudung periuk dengan tuala tebal yang dibasahkan), agar wap tidak keluar, masak dengan api paling kecil selama 10-13 minit atau hingga nasi masak.
7. Bila dah masak, gemburkan sikit dengan garfu agar warna bercampur, sedia untuk dihidang.

Alhamdulillah semua dgn izinNya, wpun rsanya xsama mcm yg restoran terkenal punya..tpi klu dgn kedai2 biasa tu bleh kata hampir 100% dh..nasi kat sni klu turkish stail pun bnyk letak bawang goreng, wangi dgn bau bawang tu..

1 comment:

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...