Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, December 13, 2015

Sayur Campur (Chinese Style)

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni sblum kluar rumah atau setiap pagi dan ptg, semoga kita sentiasa dlm lindunganNya..
klu masak sayur tu jenis sipel mapel gini je la, ikut apa yg ada..nk masak pucuk paku memang xde la kan, sayur ni pasangan dgn udang goreng telur masin hritu..buat stail ala chinese gituw, masuk cendawan shitake..pastu goreng dgn brussle sprout jenis daun tu..maz suka sayur ni, beli kat asian store..memang sedap la meratah sayur gini, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

SAYUR CAMPUR CHINESE STYLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 4-5 kuntum brussele sprouts, jenis daun
  • 3-4 biji cendawan shitake - rendam dengan air panas biar lembut
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil tepung jagung @ secukupnya - bancuh dengan sedikit air
  • sedikit kobis @ kobis cina
  • sedikit serbuk pati ayam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit minyak bijan - jika suka
Cara

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar sekadar layu.
2. Masukkan lobak merah dan kobis, masak sekejap biar lembut sikit je, masukkan sayuran yang lain, sebatikan.
3. Masuk sos tiram dan air secukupnya, masak sekejap sekadar sayur layu dan perasa dengan sedikit sedikit serbuk pati ayam.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati biar kuah jadi pekat sikit, masukkan 2-3 titik minyak bijan.
5. Padamkan api dan boleh la dihidang ketika masih panas.

sayur gini masak olok2 je baru sedap mkn, masih rangup gituw..campur dgn kobis skit tu sbb dh xde syur lain, bleh guna kobis cina yg jenis panjang tu..sedapp jgk sayur tu kan, pasangannya selain udang telur masin tu, maz buat sup tulang jgk skit..menu ala kedai la tghri tu, Alhamdulillah atas segala nikmatNya..

1 comment:

  1. Lauk mcm ni,mkn dgn ape ye sdp...ayam.goreng tepung ok ke..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...