Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, December 7, 2015

Kari Ketam

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku)
ubah selera masak kari la plak, asik masak kuning je kan..ketam ni masak apa pun sedap deh, kerap plak akhir2 ni duk beli cik ketam ni, bila tgk kat pasar tu memang geram..tu yg beli jgk! tpi time nk mkn mula la berkata dlm hati, lain kali malas dh nk beli! sbbnya bercinta nk proses segala kaki tangannya tu..anak sorang pun xreti nk kupas ketam ni, kena perisi baru la mkn..pastu suami pun sama, kaki tangan yg terjulur2 nti ditolaknya dlm pingan kita..jenuh la duk depan pingan nasi, mkn memang la sedap! ketam ni maz masak mcm kari udang sblum ni, xmasuk rempah 4 sekawan..cuma tumis bawang dgn daun kari je, kira kari light gituw la..maz xsuka sangat klu kari jenis pekat, ketam ni beli kat pasaraya je, tergoda la tgk segarnya..tu yg beli jgk wpun bru je masak ketam, tpi ni cerita awal bln 11 hritu lgik la..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dpur kecik ni, harap dpt dimaafkan segala kekurangan yg ada..

KARI KETAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 ekor ketam - kerat 2
  • 2-3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 1 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (maz guna serbuk kari faiza) - bancuh dengan air sikit
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 1/2 cawan santan 
  • 1 keping asam gelugur
  • 3-4 biji cili padi
  • garam, gula secukup rasa dan aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk dan daun kari, tumis hingga wangi, kemudian masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak, masukkan 2-3 sudu air dan tumis lagi biar rempah masak elok.
2. Masukkan santan, asam gelugur, cili padi dan masak biar mendidih.
3. Masukkan ketam, masak sambil dibalik sekali sekala agar ketam masak sekata dan perasa secukup rasa.

memang sedap la layan dgn nasi panas, tu pun ada 2 lgi menu ketam duk tunggu dlm folder, ketam bercili yg baru buat 2 hri lepas..beli plak 1kg sbb pergi pasar wken tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...