Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, December 6, 2015

Cucur Badak Lagi..

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah)
bertemu sekli lgi, apa kbar semua..blik2 kue sama je kat dpur ni, tkpe la ye apa nk buat, klu xsnap nti xde plak n3 kuenya..cek mek molek, lopes, kripap dgn cucur badak ni dan pulut panggang..memang yg duk buat sokmo, stok tuk bekpes atau kekdang tu goreng utk alas perut mlm..kue2 ni suami dgn abangngah la yg suka sangat, maz suka buat kue mudah ni..xpyah nk sukat apa, main tuang gitu je..mkn pun sedappp, sblum ni pun dh ada updated versi bolat ni..Inysaa Allah semoga bersama lgi dan maag atas segala yg tidak sempurna..

CUCUR BADAK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg keledek - cuci bersih dan kerat 2-3
  • tepung gandum secukupnya + sediki garam - maz guna allpurpose flour
  • 1/4 cawan tepung beras
Cara

1. Rebus keledek dengan sedikit garam seperti biasa hingga lembut, sejukkan dan kupas buang kulitnya, kemudian tumbuk lumat.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum secukupnya dan gaul biar sebati, jadi doh yang boleh dibentuk. 
3. Ambil doh segengam, leper atas tapak tangan dan isi inti, tutup kemas dan gentel buat bentuk bulat.
5. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana dan goreng hingga perang sambil dibalik selalu, boleh disejuk beku kalau tak habis goreng.

Inti
  • 2 cawan kelapa parut
  • 3-4 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai - hiris nipis*
  • 1 senduk kecil cili kisar
  • 1/2 cawan udang geragau
  • 2 sudu besar minyak masak
  • gula dan garam secukup rasa
  • 2-3 sudu besar isi ikan rebus, hancurkan - option
Cara

1. Kisar semua bahan yang bertanda * bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Dalam kuali masukkan bahan kisar, bahan-bahan lain kecuali ikan rebus dan sedikit air lagi. 
3. Masak sambil dikacau sekali sekala, perasa secukup rasa dan masak hingga hampir kering kemudian masukkan ikan rebus, sebatikan dan kacau balik 3-4 minit lagi agar isi ikan masak.
4. Sejukkan dulu sebelum diguna dan kalau tak habis boleh difrozen.

keledek ikut dan je bli, kekadang keledek putih..klu beli keledek oren tu kena kukus sbb lembik, ni rsanya dh 2-3 bln kut kehabisan inti, kena buat stok blik..inti 2 in 1 gituw, utk pulut panggang pun maz hentam inti ni la jgk, tu yg masukkan sedikit ikan rebus dlm inti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...