Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, December 13, 2015

Sup Halia Clam Chinese Style

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah)
biasanya klu clam ni duk masak kering atau oyster sos je, kli ni ubah slera skit..masak sup plak, sup halia clam atau biasanya org guna lala ni antara menu pemes kat chinese restoran, klu restoran cina sup ni dimsak dgn herba dan wine cina, nama menu ni siong tong lala..tpi yg halal pun ada sup ni..restoran chinese muslim Hj.Sharin Low ada menu ni..jdi ni kononnya nk cuba buat menu ala restoran la, gitu la deh tabiat mokcik ni..sesuai sangat la dgn cuaca dingin sekrang ni dpt hirup sup berkhsiat ni, sedap! maz rekmen sangat sup clam ni, tak puas mkn..dgn bau segar halia dan daun ketumbar, nikmat sungguh! suami kata klu beli lala masak mcm ni plak..nk buat pun mudah sangat, daun ketumbar tu klu yg tak suka tak letak pon takpe..kat rumah ni jarang putus stok daun tu, cuma kli ni maz masak asing dulu skjap clam tu biar air masinnya keluar..maaf atas setiap kekurangan yg ada, semoga jumpa lagi..Inysaa Allah..

SUP HALIA CLAM CHINESE STYLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg clam @ lala
  • 2-3 inci halia - mayang halus
  • 3-4 ulas bawang putih - mayang halus
  • 5-6 biji cili padi
  • 1/2 kiub pati ikan bilis/serbuk pati
  • sejemput ikan bilis tanpa kepala/perut
  • secubit serbuk kunyit, nak bagi sup warna kuning sikit - option
  • segengam daun ketumbar cincang
Cara

1. Cuci clam, jika perlu rendam dulu agar keluar pasirnya.
2. Masuk clam dalam periuk (tak perlu masuk air), tutup periuk dan masak sekejap sekadar terbuka sikit kulitnya, padamkan api dan toskan (maz buat macam ni sebab nak bagi air masin clam tu keluar sikit), kalau guna lala macam kat Msia, tak perlu buat proses ni kut.
3. Dalam periuk, masukkan air secukupnya (kira padan dengan clam) dan semua bahan sup kecuali daun ketumbar, masak hingga mendidih lama sikit, kemudian masukkan clam tadi.
4. Masak sekejap lagi dan suaikan rasa, padamkan api, tabur daun ketumbar dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih.

memang sedap sangat layan dgn nasi panas, kat sni clam ada je sokmo, kebetulan tgk besar2 jgk..tu yg terus beli, maz beli dri org yg jual tepi jln je..tempat biasa org ni jual, dia prgi sdrik ke laut, pastu belah ptg dia jual kat situ..ketam pun sama, memang segar la..ikan pun ada jgk skit2..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...