Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, December 2, 2015

Kerabu Mangga Resipi II

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca setiap pagi dan petang, sunnah Rasulullah saw..Inysaa Allah semoga sentiasa dlm lindungNya, sekli lagi layan kerabu mangga..maz dgn suami memang peminta kerabu mangga ni..klu pergi hypermarket tu nmpak ada mangga putik yg sesuai memang akan beli, kli ni cuba buat kerabu versi thai mcm buat somtam..guna thai plam sugar sebagai sosnya, walaa memang sedap la..dgn masam manis dan pedas bila tergigit cili tu, pasangannya sedia maklum la deh..xlain xbkn buat tomyam la, rsanya semua org suka menu thai ni kan..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni, semoga setiap kelemahan yg ada dpt dimaafkan..Inysaa Allah sehingga jumpa lagi..


kerabu mangga ni pun cuba nk tiru mcm yg kat kedai tomyam dekat rumah, masa blik Msia hritu sempat la jgk 5-6x rsanya berdapur kat kedai ni..dlm kerabunya dia guna udang geragau, tu yg maz bawa khas dri msia udg tu memang niat nk buat kerabu ni la..memang sedap la masakannya dan harga pun murahnya..bayangkan udang galah masak masam manis utk set kecil baru rm5 sepingan, ada 5-6 ekor rasanya..udang galah tu, pastu ada 1 lgi lauk yg maz cuba buat ala kedai tu jgk..ada la tu dlm folder tunggu Q..


KERABU MANGGA RESIPI II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji mangga putik sedang - sagat halus, mangga tu biar yang dari peti baru rangup
  • 1 sudu besar @ secukupnya thai palm sugar/nisan putih siam
  • 5-6 ulas bawang merah - mayang nipis
  • 5-6 biji cili padi merah dan hijau - hiris
  • sedikit kicap ikan/fish sos
  • sedikit jus limau @ limau kasturi lagi sedap
  • sedikit aji
  • sedikit udang geragau
Cara

1. Masukkan nisan siam dalam lesung bersama jus limau, aji dan kicap ikan, gesel-gesel biar nisan larut dan suai biar ada rasa manis dan masam yang seimbang.
2. Tuang dalam pingan mangga, gaul bersama cili padi, udang geragau dan bawang merah.
3. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan lauk sampingan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...