Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, December 10, 2015

Deep Fried Prawns With Salted Egg Yolk

 Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan, sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..
bertemu skli lagi dipagi khamis yg indah, Alhamdulillah atas segala nikmatNya..sehri dua ni xdan nk update dapur kecik ni, sbuk skit duk cari barang2 yg nk bawa utk perjalanan minggu depan, Insyaa Allah..udang goreng dengan kuning telur masin, semua maklum deh klu ketam atau udang masak dgn kuning masin ni memang sedap, biasanya klu kat chinese muslim restoran atau restoran thai ketam telur masin kira menu pemes la..cuma maz buat udang dan masak versi deep fried, bukan jenis basah tu..klu ketam kena masak stail biasa yg sedikit basah tu bru sedap mkn, tpi klu soft shell crab ok la goreng gini..udang bleh buat mcm ni sbb dh dikupas kulit..memang sedapp la, dgn lemak kuning telur masin tu..nikmat sungguh rasanya, xde lauk lain pun bleh hbis sepingan nasi ni..Inysaa Allah semoga bersama lgi dan maz mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

DEEP FRIED PRAWNS WITH SALTED EGG YOLK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 15 ekor udang saiz sederhana 
  • 3 biji kuning telur masin 
  • 2 ulas bawang putih - cincang *
  • 4-5 biji cili padi - potong halus *
  • 1 tangkai daun kari *
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • 3-4 sudu besar mentega - maz guna unsalted
  • 1 cawan tepung jagung @ secukupnya
  • sedikit serbuk pati ayam - kurangkan jika guna mentega bergaram
Cara

1. Kupas kulit udang, cuma tinggalkan ekor je dan toskan.
2. Kukus sekejap kuning telur masin (dalam 4-5 minit) atau masuk dalam microwave, kemudian tekan dengan garfu biar hancur sepenuhnya, ketepikan dulu.
3. Masukkan udang dalam telur 1 biji tu, kemudian masukkan dalam tepung jagung (tepung tu masukkan dalam plastik bersih agar tepung tak bertabur), pastu goncang biar udang bersalut dengan tepung sepenuhnya.
4. Panaskan minyak secukupnya, goreng udang hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan.
5. Panaskan mentega dalam kuali bersih, masukkan bahan bertanda * dan masak sekejap, kemudian masukkan telur masin tadi dan masak biar sedikit berbuih sambil dikacau agar tidak berketul.
6. Perasa dengan sedikit serbuk pati ayam, masukkan udang dan balik-balik biar udang sebati dengan telur dan jadi kering.

buat udang ni sbb nk mkn senang, klu ketam adoiii! bercinta la jgk time nk mkn tu, sejuk nasi dlm pingan nk proses kulit..udang dgn ekor pun bleh kunyah sekli..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...