Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, December 8, 2015

Fudgy Brownies

Assalamualaikum w.b.t..'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa)
jom cuci mata dgn brownies yg ckup sedap, tpi mcm biasa la ni pun kena peram dh jgk..xhingat dh bila kejdiannya, bila klik kat gambar tu rupenya 4hb Nov lgik..maaf la ye dapur ni xleh lari dh dgn update menu basi yg dh berbln..tu pun ada 4 biji lgi kek yg duk tunggu Q! huhuu, saja xnk update kek je berderet2..jdi tu yg selang seli dgn menu lain, sbnranya bronis ni ada kisah disebaliknya..asalnya konon nk buat biskut coklat chip yg mcm subway tu, tpi atas kesilapan sendiri maka biskut bertukar jdi bronis..2nd time maz cuba buat plak dgn ejus skit, lalu terhasil la bronies ni..Alhamdulillah dri biskut bertukar rupa jdi bronis yg sedap ni..ckup memuaskan hasil dan rasanya, memang kena sangat dgn selera mokcik ni, enak sungguh..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

teksturenya sedikit chew gituw dan xmuak, bleh mkn berkeping2..tgk yg ni pun rsa mcm nk mkn plak..

FUDGY BROWNIES by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang 10 inci)
  • 85g mentega tanpa garam (unsalted)
  • 160g coklat masakan - maz guna dark coklat
  • 2 biji telur - kocok sikit dengan garfu
  • 200g gula halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk nescafe
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 100g allpurpose flour *
  • 1/4 sudu kecil baking powder *
  • 1/2 sudu besar serbuk koko * - maz guna serbuk koko hitam (dark coco powder)
  • 1/2 sudu kecil garam *, kurangkan jika guna mentega bergaram
  • 1/2 cawan badan - maz guna badam slice yang panjang tu
Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C, sediakan loyang yang dialas dengan kertas baking dan sapu keliling tepi dengan sedikit mentega.
2. Sebatikan bahan bertanda * dengan garfu, ketepikan.
3. Cairkan mentega dengan coklat masakan, guna api perlahan sekejap atau boleh masuk dalam microwave selama 1 minit.
4. Biar sejuk sikit, masukkan telur dan vanilla dan sebatikan dengan senduk kayu, kemudian masukkan gula dan bahan kering, kacau biar sebati.
5. Tuang dalam loyang dan bakar semala 20-25 minit atau cucuk dengan lidi kalau kek tak melekat pada lidi, maknanya masak.
6. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.

sbnarnya dah 3x la buat bronies ni, kejadian yg memula tu kluar oven je terus selamat, mokcik suka sangat dgn rsanya..pastu buat plak yg ni..kli ke 3 xsnap dh la, mood xberapa rjin nk pegang kamera..gitu la rumah ni mesti kena ulang buat berkali2 dlu klu yg dpt sambutan tu..memang sdppp la rsa xleh nk snop bila mengunyah, nk buat pun mudah sangat..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...