Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, April 18, 2016

Sotong Kicap Daun Limau Purut

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah SWT always protect us, our loved and keep us safe, Ameen
bertemu kembali, Alhamdulillah atas segala nikmatNya..mencri kelainan skit dri gaya msak kicap yg biasa duk buat, masuk daun limau purut plak..maz memang suka dgn aroma daun ni, mungkin ada yg tertanya2 sesuai ke letak daun limau purut dlm masak kicap tu! bgi selera ni, lagi sedap tau sbb dpt bau aromanya yg segar tu..dri segi rsa xde beza dgn msak kicap biasa, cuma bila masuk daun limau purut ni lgi membangkitkan selera..tambah masak stun kan, lagi sesuai klu yg xtahan dgn bau stun tu..memang kena dgn nasi panas2, Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf andai ada yg tidak sempurna..

SOTONG KICAP DAUN LIMAU PURUT by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g sotong
  • 2 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 2 hiris halia *
  • 3 helai daun limau purut
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • kicap manis/pekat secukupnya
  • sedikit sayur - lobak merah/daun bawang/bawang besar/tomato
  • sedikit garam, gula jika perlu
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk bahan bertanda, panaskan sedikit minyak dan tumis biar naik bau.
2. Masukkan sotong, daun limau, lobak merah, bawang besar dan kacau balik biar sotong lembut sikit, kemudian masukkan semua bahan sos, bancuhan tepung jagung dan perasa secukup rasa.
3. Masak sambil dikacau dan kuah jadi pekat (boleh tambah air jika perlu), akhir sekali masukkan daun bawang dan tomato, padamkan api.

masak kicap ni 1 lauk yg mudah nk sedia tapi mkn sedap deh! kat rmah ni ayam la paling kerap duk masak kicap ni atau ikan..stun ni jarang, mungkin ni la rsanya pestime sbb stun pun agak besar..tpi ni pun dekat sbln dh jgk kena peram, kejadian hjung bln 3 lgik sbb nk hbiskan gmbar2 lama dlu..

4 comments:

  1. Assalam Maz,
    Rosdi ni hantu seafood! hehe .. kalau masakan mcm ni memang akan tambah dua tiga kali ...kalau makan kat kedai Siam akan mintak sotong padprik. Kalau rumah sendiri, kalau x sambal, akan masak kicap or masak itam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusallam..
      tu la deh..masak kicap ni memang sedap! bkn budak je yg suka..tpi kita suka ikan lgi klu msak kicap ni..goreng garing2 gitu..

      Delete
  2. Assalam fren..
    Masak2 simple2 camni lagi berselera makan kan..umah kita lama xmasak sutun sejak kena bann dengn en.suami huhu..dia ada gout

    ReplyDelete
  3. Waalaikummusallam fren,
    betul2 deh, keje tukang masak pun senang..janji mkn sedap..
    kita pun jarang msak stun fren, tu sbb jpo stun besar..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...