Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, April 8, 2016

Bingka Roti

Assalamualaikum w.b.t.
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen. 
berekspiremen dgn roti plak, rspi sama je dgn bingka roti berlauk ni..cuma bingka ni maz kisar roti tu, klu ada roti yg xhbis bleh la try bingka ni..sedapp! nk2 tang kerak tu, xsangka plak roti bleh di transform buat kuih mudah dan enak ni..ada 1 lgi rspi guna roti gini dlm folder tu, sukatan tu sikit je..memang maz buat kecik, tu la saiznya..dpt 8 potong, klu nk buat besar gandakan sukatan..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas khilaf yg ada..

BINGKA ROTI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 biji telur gred A
  • 200ml susu segar
  • 100g roti - timbang amik yang putih je
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • secubit garam
Cara

1. Panaskan oven 170 C, sapu loyang dengan sedikit mentega atau cooking spray.
2. Sebatikan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar sekadar hancur je (macam pasir halus gitu), jangan kisar sampai berkrim ye.
3. Tuang dalam loyang, bakar selama 35-40 minit atau hingga sedikit perang.
4. Sejukkan sekejap sebelum keluarkan dari loyang.

sapa sangka kuih ni adalah bingka roti deh! klu mkn pun mungkin xthu bingka yg dibuat dri roti..nk buat pun mudah sangat, biasanya klu roti tu duk buat puding atau goreng je..nti bleh la cuba bingka manis ni plak..

5 comments:

  1. yang ni nampak senang, kalau kawan2 dtg mengejut boleh buat... bahan2 yang sentiasa ada kat rumah. Tapi mcm saya yang keluarga besar ni, memang kena ganda gandakan la adunan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, memang mudah sangat nk buat bingak roti tu en.rosdi, rasanya seakan kuih bakar..sedap la ditekak kami sklga, nk2 tang keraknya tu..saya biasa klu buat kue2 ni memang sikit je, memang kena ganda2an la sukatan tu..

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Assalam Maz
    aah betul kata Rosdi bingka roti ni memang sesuai kalau siapa2 yang datang last mniute
    dan tak tahu nak hidangkan dgn apa berserta bahan2 kat rumah hanya roti yang ada
    bolehlah dibuat bingka ni kan…good idea…:}

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak, tu la..memang bleh buat sangat2 kue ni, klu xde idea utk kunyah ptg2 tu bleh je kisar roti buat bingka ni kan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...