Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, February 16, 2016

Chicken Pasta Ala Papa John

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni sblum kluar rumah atau setiap pagi dan ptg, semoga kita sentiasa dlm lindunganNya..
rsa berat je plak pgi ni nk buat keje..ayam dah rendam tu, cuma xde plan lgik nk masak apa..amik masa update blog la skjap, pasta ala papa john plak..kerap jgk duk ulang mkn piza papa john ni, kat sni mcm2 company piza yg ada..stkat ni papa john la yg kami suka, terasa freshness bila mkn..cheese pun bnyk, memang sedap la! saladnya pun segar, cuma msa mkn awal bln hritu pestime oder pasta ni, jdi dri stu la cuba buat pasta ni, sosnya memang simple je dan rasa light gitu..tpi sedap..komen juri2 kat rumah ni amat memuaskan, dh mcm yg papa john..Alhamdulillah semua dgn izinNya jgk, bleh la utk mkn keluarga tu kan! Insyaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak sempurna..semoga Allah guide us to the straight path, Ameen..

menu ringkas yg pasti anak2 suka..ni pun buat utk alas perut mlm, suka buat pasta2 ni..cepat dimasak sedap dimkn, sayur tu terpulang la nk letak ke tak..maz ikut mcm sayur dlm pasta papa john, kebetulan semua stok ada..

CHICKEN PASTA ALA PAPA JOHN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 tin peeled tomato - ada jual kat pasaraya
  • 1 keping isi dada ayam - hiris nipis sikit
  • 1/2 labu bawang berar  - hiris nipis
  • sedikit lada benggala hijau - hiris nipis
  • sedikit cendawan butang putih segar - hiris nipis
  • gula secukup rasa
  • sedikit garam
  • spaghetti rebus secukupnya
  • mozarella cheese secukupnya
  • sedikit daun basil kering/italian herbs
Cara

1. Lumur isi ayam dengan sedikit garam dan gula.
2. Panaskan kuali non stick, letak isi ayam dan masak selama 1-2 minit di kedua bahagian, angkat dan potong nipis, ketepikan (untuk proses ni maz masuk dalam microwave je selama 2 minit).
3. Masukkan tomato dalam periuk, masukkan sedikit air (dalam 1/2 cawan ke), gula dalam 1-2 sudu besar, sedikit garam dan masak biar mendidih lama sikit, tekat-tekan buah tomato agar hancur.
4. Masukkan semua jenis sayur, bawang dan masak seketika lagi sekadar sayur layu dan sos pekat sikit, suaikan biar ada rasa sedikit manis, padamkan api.
5. Masukkan isi ayam dalam sos, spaghetti dan sebatikan.
6. Masukkan dalam casserole atau bekas tahan panas, tabur mozarella cheese secukupnya dan sedikit daun basil.
7. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170 C, masak selama 8-10 minit atau hingga cheese sedikit perang.

ni tomato tin yg biasa maz duk guna utk buat menu2 pasta atau italian, kat msia pun ada jual kat mana2 pasaraya..cuma jenama lain2, klu kat msia sekitar rm3 rsanya..

ni la pasta papa john yg cuba buat tu, abai je la ye gambar anakanda bongsu tu..main snap je, pic pun blur..dia memang suka sangat piza..paling tidak 2x sbln mesti kena lawat pakcik john..

klu xde idea utk menu ptg atau mlm nati, bleh la cuba pasta mudah ni..kat rumah ni stok tomato tin tu memang xpernah putus, senang time emergency bleh pelbagaikan kegunaannya..tomato dlm tin tu siap dgn jusnya sekali..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...