Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 1, 2016

Tomyam Clam

Assalamualaikum w.b.t..'Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah)
semua benda dimsak buat tomyam ni! maaf la ye, dapur ni dh sinonim sangat dgn menu tomyam..blik2 duk ulang yg tu je, apa nk buat..sbb org yg nk mkn tu suka sangat dgn tomyam, suami memang suka sungguh hirup kuah tomyam..sbb xnk mkn nsi bnyk, dihirup kuah la nk bgi kenyang..biasa buat tomyam udg, tetiba dtg ilham nk buat tomyam clam plak..tpi mcm yg lain jgk la, ni pun kejadian tahun lepas lgik..memang sedap layan dgn nasi panas, isi clam pun penuh..puas hati, kat sni clam ni ada sepanjuang tahun, cuma jarang duk beli..cuaca sejuk skrang ni memang elok la masak jenis kuah air gini, tomyam ni lauk yg senang dimsak..akhir kata maaf atas segala khilaf, Inysaa Allah jumpa lagi..semoga Allah swt guide us to the straight path..

TOMYAM CLAM  by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg clam cuci @ rendam bagi keluar pasir
  • 2 batang serai - ketuk *
  • 1 inci lengkuas - ketuk/hiris *
  • 2-3 sudu besar paste tomyam, maz guna paste thai *
  • 4-5 helai daun limau purut - kocak sikit 
  • garam ,gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka @ serbuk pati
  • sedikit daun ketumbar - cincang
  • cili padi - tumbuk sikit
Cara

1. Dalam periuk masukkan air secukupnya dan semua bahan bertanda *, masak hingga mendidih.
2. Masukkan clam dan perasa secukup rasa, garam jangan letak banyak sebab clam akan keluarkan airnya yang sedikit masin.
3. Masak seketika lagi biar cengkerang terbuka, bila nak hidang tabur sedikit daun ketumbar dan letak cili padi, seeloknya bila masak tu terus hidang agar dapat rasa clam yang segar, kalau dibiar lama rasa tomyam akan dipengaruhi dengan rasa air dari clam.

tomyam ni pun buat versi cair jgk, xkisah la isinya apa..klu dh tomyam tu tetap sedap, bgi yg suka mkn tomyam la kan..maz dgn suami prefer tomyam lgik dri sup2, klu sup tu cepat muak..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...