Assalamualaikum w.b.t 'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami)
mungkin ramai yg amik kesempatan blik kmpung sempena cuti panjang CNY kat msia ni kan, adik2 maz dan sadara mara pun ramai jgk yg blik kmpung..rindunya ni blik kmpung, msa blik msia thun lepas xsempat pun nk blik kelantan..tu pun kira dekat 45 hri jgk dh cutinya, tpi masih xckup jgk! ok la jom cerita pasal udang ni dlu, seksa plak npak udg tu posing..satu lgi experimen dgn tepung tempura gogi, yg ni maz masuk telur dlm bancuhan tu..kembong molek jgk kejadiannya..yg expiremen sblum ni ada kat sini..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan mohon maaf atas segala yg tidak sempurna..
sepingan pun rsa xckup cicah dgn sos sweet cili thai tu, daun ketumbar adalah penyedap pada sos..kat rmah ni bleh kata jarang putus daun ni..bleh guna sos pencicah yg lain jgk, cuma bancuh dgn sedikit air, gula, cuka dan daun ketumbar..akan ada rsa seakan sos thai la..
Bahan-bahan
- 20 ekor udang saiz sederhana
- 1 paket tepung tempura gogi, ada kat sini
- 1 biji telur, kocok dengan garfu
- air sejuk peti secukupnya
- minyak untuk mengoreng secukupnya
1. Kupas semua kulit udang, biar tinggal ekor je dan toskan biar kering sepenuhnya, maz lap dengan tisu dapur.
2. Satukan semua bahan, bancuhan tepung tu biar pekat ye (air tu agak-agak la, maz main tuang gitu je), tepung tu mesti bersalut udang biar tebal.
3. Panaskan minyak secukupnya, pegang ekor udang dan celup dalam tepung biar tebal, goreng hingga perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
4. Boleh la dihidang bersama sos pilihan, maz guna thai sweet cili sos dari thai, bancuh dengan sedikit air, gula pastu tabur daun ketumbar.
4. Boleh la dihidang bersama sos pilihan, maz guna thai sweet cili sos dari thai, bancuh dengan sedikit air, gula pastu tabur daun ketumbar.
ada 1 lgi dlm folder tu udg celup tepung gogi ni, yg tu maz xtmbah apa2..guna tepung tu sepenuhnya, cuma xkembong gini..tpi tetap sedapp! klu dh udg celup tepung tu, mesti sedap la kan..
No comments:
Post a Comment