Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, February 17, 2016

Roti Jala..Kegemaran Anak-Anak

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga.
makanan kegemaran anak2, klu buat tiap2 minggu pun tkpe..3 beradik semua suka roti jala, cuma kekadang tu nk bleh buat je yg malas, tpi xde la lama pun menjala 2 cawan tepung tu..kli ni buat 1 warna je dan menjala guna botol yg 3 muncung tu, kurang kemas sikit berbanding dgn menjala guna botol ajaib dulu..tkpe la deh, nati kena hadam sama jgk kan! Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

ROTI JALA by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan allpurpose flour (tepung serba guna) @ tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/4 cawan susu segar 
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara

1. Masukkan bahan basah dulu dalam pengisar kemudian baru tepung dan garam, kisar hingga sebati dan tidak berketul.
2. Panaskkan kuali non stick dengan api sederhana, masukkan adunan dalam botol dan tirai (cara maz menjala ada kat sini) atau kalau gun acuan roti jala, buat serti biasa.
3. Bila dah kering angkat, lipat dan gulung, masukkan dalam bekas ada penutup agar roti jala tidak kering dan kekal lembut.
4. Boleh la dinikmati bersama kari pilihan.

kari tu maz buat kari ayam tanpa santan, kononnya nk cuba tiru kari ayam yg mkn masa kat Mekah bru ni..sedap la karinya, sempat la beli 2x..restoran tu dekat je dgn hotel..Inysaa Allah nti maz n3 lain kli, sekarang ni memang duk masak kari xde santan je..sedap, dgn wanginya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...