Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, February 29, 2016

Murtabak Crackers Berkeju

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga. 
apa kbar semua, agak berat plak kebelakangan ni nk update blog, bila dtg mood xberapa rjin nk menaip gitu la jdinya! pertama kali buat dan rasa murtabak crackers ni, jakun sungguh kan! sedapp rupanya, selama ni duk buat yg main tebar tu je..sbnarnya dh lama tgk kat fb masa kak yatie buat dlu, tpi masa tu blum sampai masanya nk buat..sehingga la tetiba pada satu ptg tu dtg ilham nk buat murtabak ni utk mkn mlm, kebetulan inti yg lebih buat samosa pun ada..maka terus la jlnkan projek celup2 ni, tpi ni pun murtbak yg dh lama la basi..kejadian awal bln 12 thun lepas lgik, gitu la dapur ni..semua main peram dlu! cuma maz ubah suai skit buat cara sdri..inti tu digaul terus dgn telur seperti nk buat murtabat tebar tu, dan guna susu segar instead of santan..pastu letak cheese, kebetulan cheese pun ada..nk hbiskan stok, jazakillahukhairan pada pencetus idea utk murtabak versi biskut ni..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala kekurangan yg ada..semoga Allah swt increase our iman and accept our good deed, Ameen

klu nak buat sebagai sarapan pagi pun bleh..atau juadah utk tetamu, bleh jgk sediakan murtabak ringkas ni.. yg oren tu cheese, main letak je yg kiub gitu..nk cepat malas nk sagat..

MURTABAK CRACKERS BERKEJU by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan (loyang 7x7)
  • 1 mangkuk besar inti kari ayam/daging - boleh guna mana-mana resipi, maz guna inti kat sini
  • 4-5 biji telur
  • 2-3 biji cili merah dan hijau - hiris nipis
  • 1-2 biji bawang besar - hiris nipis
  • 5-6 sudu besar susu segar
  • sedikit daun bawang
  • cheese secukupnya, maz guna monterey jack - option
  • biskut keping tawar secukupnya
Cara

1. Panaskan oven suhu 180 C, alas loyang dengan kertas baking.
2. Satukan 1 biji telur dengan susu segar, kocok biar sebati, ketepikan
3. Dalam mangkuk lain kocok baki telur, kemudian masukkan inti, daun bawang, bawang besar dan cili, gaul sebati.
4. Celup sekejap je biskut dalam telur no 2, kemudian susun dalam loyang 1 lapisan, ratakan inti secukupnya atas biskut dan tabur sedikit cheese.
5. Susun lagi 1 lapisan biskut dan ulang proses no 4 hingga habis,  atas sekali letak biskut (celup biar lembik sikit biskut untuk lapisan akhir ni) tuang baki telur yang guna untuk celup biskut tadi jika berbaki atas lapisan akhir tu.
6. Masukkan dalam oven dan masak selama 30-35 minit atau hingga sedikit perang.
7. Sedia untuk dinikmati ketika masih panas.

bila tergigit tang cili tu adoiii, sedapnya..xingat tgh mkn murtabak biskut, mcm mkn pie ayam pun ada..licin skli mkn 1 loyang tu, sedapp la mkn panas2! anak pun mkn bertambah, suami memang la kena dgn jiwanya sbb letak bawang banyak dan cili potong..ada plak teh O panas kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...