Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, February 7, 2016

Sate Ayam

Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan (Ya Allah 
aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima), sama2 kita amal baca selepas solat subuh sebaik bagi salam, sunnah Rasulullah saw.
baru berkesempatan nk kemas blog ni, mcm biasa la klu wken tu..memang xlekat kat rumah..Alhamdulillah atas segala rahmatNya, tidak terkira nikmat Allah swt pada kita..diberi kesihatan yg baik jgk adalah satu nikmatNya, dpt guna segala anggota badan pun adalah nikmatNya yg ckup besar..semoga Allah swt guide kita semua to the straight path..lama sangat dh xde buat satay ni, tpi mkn tu ada la..blik msia thun lepas pun acap kli jgk la lepas geram dgn satay samuri klu lalu R&R yg ada kedainya..suka dgn satay hatinya, sedap..xde plan pun nk buat satay ni, tpi sbb dada ayam bnyk..tu yg terlintas nk buat satay ni, kat rmah ni klu bahagian dada ayam xbleh buat lauk..xde yg suka, guna utk buah inti karipap atau dlm masakan lain..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

SATE AYAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Kuah
  • 1/2 cawan kacang tumbuk - goreng kacang tanah tanpa minyak dengan api perlahan, dibuang kulit dan dikisar sedikit
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis
  • 7-8 tangkai cili kering
  • 2 batang serai - hiris nipis *
  • 1/4 sudu kecil jintan putih *
  • 1 inci lengkuas - diketuk
  • sedikit nisan/gula melaka 
  • gula, garam
  • sedikit air asam jawa
  • minyak masak secukupnya
Cara

1. Dalam periuk panaskan minyak secukupnya, goreng bawang besar hingga garing keperangan, angkat dan ketepikan, goreng pulak cili kering sekejap dalam 1 minit (jangan bagi hangus ye, nanti kuah kacang jadi pahit).
2. Kisar bahan-bahan yang digoreng tadi bersama bahan yang bertanda *.
3. Dengan minyak goreng cili tadi, panaskan sedikit untuk menumis, masukkan bahan kisar dan lengkuas, tumis hingga garing dan pecah minyak dengan api perlahan.
4. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya air (agak-agak la ye, kira padan dengan bahan lain), masukkan kacang tanah, sedikit nisan/gula melaka.
5. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih, tambah gula dan garam secukupnya agar rasa manis yang sedikit menyerlah, biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga kacang empuk dan kuah menjadi pekat. 

Sate 
  • 500g daging dada ayam - potong kiub besar sikit
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • gula secukupnya dan sedikit garam
Cara

1. Kisar semua bahan dengan sedikit air hingga lumat, bahan perap ni biar ada rasa manis lebih sikit, kemudian gaul dengan isi ayam dan perap, kalau perap lama atau semalaman dalam peti lagi sedap.
2. Cucuk pada lidi satay dalam 3-4 ketol satu cucuk, buat sampai habis.
3. Panaskan kuali ajaib atau pemanggang, sapu sedikit minyak masak kemudian letak 3-4 cucuk satay dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian atau biar sedikit perang.
4. Boleh la dihidang bersama nasi impit, kuah kacang, timun dan bawang besar jika suka.

wpun satay moden, tetap puas hati dpt mkn skli skala ni..ye la bkar dlm pemanggang ajaib je, mna nk nyalakan api..nti berbunyi plak fire alarm, pastu buat pun skit bnar..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...