Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 18, 2016

Asam Rebus Ikan Shery

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
asam rebus ni dh 3 bln kena peram..buat pertengahan bln 5 lgi! adoii, masih nk tepek jgk ke..tkpe la ye, update slow2..lauk sedap yg ckup mudah..bonda pun suka asam rebus ni, ingat zaman kecil kat kmpung dlu bonda biasa duk masak lauk ni..klu musim banjir guna ikan yg tangkap dri bendang, ikan puyu tu..sedap! letak daun kesum jgk, maz xde stok..bunga kantan tu pon stok yg frozen dri msia, kat sni ada bnyk jnis jgk ikan besar2..cuma maz xthu la plak nama melayunya org panggil ikan apa ni, kat msia dlu memang jarang sngat beli ikan sbb ank2 xmkn ikan..ikan shery ni isinya lebih kurang mcm ikan siakap atau ikan kerapu, sedap buat kari atau gulai..goreng pun bleh, selalu jgk duk beli ikan ni atau ikan kerapu..selamat berhujung minggu, maaf atas khilaf yg ada..sampai jumpa lagi, InysaaAllah..

ASAM REBUS IKAN SHERY bhttp://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan shery - kat Msia xtahu la panggil ikan apa
  • 3-4 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 3 biji cili padi merah @ 1 cili merah *
  • 1 inci lengkuas - ketuk
  • 2 keping asam gelugur
  • 1 kuntum bunga kantan/daun kesum 
  •  kacang bendi secukupnya
  • gula, garam secukup rasa dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Kisar atau tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Dalam periuk satukan bahan tumbuk, asam keping, lengkuas, bunga kantan dan air secukupnya, masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan perasa secukup rasa, kemudian masukkan kacang bendi dan masak sekejap sekadar bendi layu je.

maz suka asam rebus ni lgi dri asam pedas, suami plak suka dua2..asam rebus ni sedap hirup kuahnya, mcm singgang..letak bendi bnyk2, pastu mkn nasi biar banjir gitu..xde lauk lain pun tkpe dh..ni je ckup buat mkn nasi bertambah2, klu asam rebus gini anak2 pun mkn kuahnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...