Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, August 7, 2016

Ayam Krispy Sos Manis Lagi

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nabi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah swt always protect us, our loved and keep us safe, Ameen.
pecah rekod hri ni..n3 smpai 3x, sementara ada kelapangan dan mood ni jln je la deh..klu bleh memang ler nk cepat2 hbiskan gmbar yg duk peram dlm folder tu, ayam ni pun buat awal bln 5 jgk..pasangan bubur nasi skli dgn brussels sprouts tu, yg memula buat dlu ada kat sini..pastu duk ulang buat dh 3-4x la ayam manis ni, semua suka..cuma yg ni lgi ringkas..xmsuk cili kisar dan saja tabur bijan sikit sbb xletak sayur..skli tu buat mkn mcm leaf wrap korea yg guna daun salad tu, bungkus ayam manis ni dlm daun salad..pastu letak bawang besar dan cili potong sikit, walaaa! sedappnya, terasa nk mkn la plak..kena buat lgi npaknya, yg tu maz xsnap sbb buat mlm..kat rmah lama dlu klu mlm xckup cahaya, xleh nk bergmbar sbb lampu kuning..nti jdi gelap semcm je gmbar, ok la InsyaAllah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf yg ada..

mcm keropok plak, ralik kunyah yg goreng ni pun..

AYAM KRISPY SOS MANIS LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam 
  • 1/2 labu kecil bawang besar *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 mangkuk kecil sos manis thai (thai sweet cili sos) @ apa2 sos pencicah yg manis
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • tepung jagung secukupnya + sedikit garam
  • sedikit bijan untuk tabur 
  • minyak untuk menggoreng
Cara
1. Hiris nipis daging ayam, toskan biar kering sepenuhnya, jika perlu lap dengan tisu dapur.
2. Tumbuk bahan bertanda * biar hancur sikit, ketepikan.
3. Dalam mangkuk sebatikan semua bahan sos dan rasa biar cukup manis, boleh tambah gula jika perlu.
4. Gaul ayam dengan tepung jagung, biarkan dalam 10 minit agar tepung menyerap air dari ayam, kemudian tambah tepung jagung lagi dan pastikan menyaluti ayam sepenuhnya, untuk proses ni, boleh masukkan tepung dalam plastik bersih, masuk ayam sikit-sikit sekali masuk dan goncang.
5. Panaskan minyak secukupnya, masukkan ayam satu-satu dan goreng hingga perang atau garing sambil dikacau agar masak sekata (jangan goreng banyak sekali masuk ye), angkat dan toskan, goreng sampai habis.
6. Dengan kuali lain, panaskan 1 sudu besar minyak baru, tumis bahan tumbuk biar garing sikit, kemudian masukkan campuran sos dan masak biar sos berbuih-buih lama sikit, masukkan ayam dan sebatikan, padamkan api dan tabur sedikit bijan jika suka.

klu afiq tgk ni sure dia mintak suruh buat plak, anak2 memang suka lauk jenis manis gini..meratah pun sedap! skrang ni cepat hbis la part dada ayam dlm peti tu sbb duk buat lauk jenis gini, ada 1 lgi menu baru yg guna dada ayam..kat rmah ni klu dada ayam buat lauk sketoi gitu xlaku la plak, biasa buh dlm bihon goreng atau inti karipap..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...