Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, August 4, 2016

Kari Ketam

 Assalamualaikum w.b.t 
'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan selalu..semoga kita dijauhi dari segala fitnah dunia dan sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
time ada kerajinan dan masa ni amik peluang update skli lgi biar surut sikit gambar dlm folder tu..ketam ni lauk tghri kelmarin, tepek la dlu sbb dh lama jgk xkluar menu ketam..hritu dh stop kejap beli ketam, tpi bila tgk punya la gedebaknya..terus rsa ilang rasa mls time nk main dgn kulitnya tu, geram la besar2 dan birunya..dlm puasa hritu pun 3x jgk masak ketam, selera org berpuasa deh..kari gini jgk skli, pastu masak bercili dan sweet sour..tpi xde snap apa sbln puasa wpun msak mcm, ketam ni masak lgumna pun tetap sedap..sni ketam memang fresh2, isi pun penuh..masak 3 ekor je pun ckup dh, tu pun xmuat kuali yg ada kat dpur ni, selamat berhujung minggu dan maaf atas kekurangan yg ada, InysaaAllah semoga bersama lgi..

Bahan-bahan
  • 2 ekor ketam saiz besar - kerat 2
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 cm halia *
  • 3 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
  • 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1 cawan santan
  • nisan keping sebesar ibu jari
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk lumat sikit bahan bertanda *.
2.  Panaskan minyak untuk menumis secukupnya dan tumis rempah 4 sekawan, kemudian masukkan bahan tumbuk dan tumis biar bawang masak sikit.
3. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak, masukkan 2-3 sudu besar air dan tumis lagi biar rempah masak.
4. Masukkan air dalam 1 cawan dan masak sekejap lagi, masukkan ketam dan sebatikan, masak sambil tutup kuali/periuk biar rempah masak elok, masak selama 5-6 minit sambil dibalik sekali sekala.
5. Masukkan santan dan perasa secukup rasa, masak seketika lagi biar ketam masak dan santan mendidih.

jarang jgk sbnarnya masak kari ketam ni..tpi sbb dh biasa duk masak lemak tu yg tukar selera plak, buat kari pekat ala kedai mamak gitu..memang sedap hingga menjilat jari, pastu goreng papedom skli..abangngah dgn afiq suka mkn nasi dgn keropok india tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...