Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, August 14, 2016

Gulai Ketumbar Daun Limau Purut Ikan Kembung

Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Riwayat Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah SWT make us among those who remember Him much, Ameen.
agak kelewatan skit bersiaran hri ni, klu bleh nk update hri2 sbb masih bnyk lgi gmbar dlm folder tu..tpi klu hri minggu tu jarang dpt duk depan lappy ni, ni pon bru siap goreng kuew teow utk mkn ptg..ok la cuci mata dgn masak lemak ketumbar dgn daun limau purut ikan kembung ni, kejadian awal bln 3 lgi..adoiii! lamanya duk peram, dh lebih dri jdi baja dh ni..smjak kerap duk msak masakan indian dan pakistan, jdi suka la plak klu menumis masuk serbuk ketumbar ni..ikan kembung ni sedikit ilham dari kari jamaica ni, pastu maz masuk sekli daun limau purut..apa nk buat suka sangat dgn bau daun limau ni, gulai yg cukup membangkitkan selera..rasa serbuk ketumbar dan aroma daun limau buat gulai ikan ni lain dri gulai kuning yg biasa duk buat, klu rsa boring dgn gaya masak yg biasa..bleh la try gulai ni nti, sedap bagi selera tukang masak ni..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

GULAI KETUMBAR DAUN LIMAU PURUT IKAN KEMBUNG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembong  - kerat 2
  • 2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1 biji cili merah *
  • 2 biji cili padi 
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 batang timun jepun - buang biji, potong panjang @ kacang panjang/terung
  • 1 keping asam gelugor
  • 3 helai daun limau purut
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Tumbuk lumat atau kisar semua bahan bertanda *, panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan bawang masak, masukkan serbuk ketumbar, tumis sekejap lagi.
2. Masukkan santan, asam gelugur, cili padi, timun dan daun limau, masak hingga mendidih dan timun lembut sikit. 
3. Masukkan ikan, perasa secukup rasa dan masak hingga ikan masak.

kebtulan msa pergi psar tu tgh musim ikan kembung, memang besar dan segar2 la..geram negok, sni ikan kembung ni ada musim, xselalu ada jual..kat rumah ni klu masak kuah gini semua mkn, anak2 pun amik kuah wpun xmkn ikan, maz buat sekor ni je..ckup la mkn berdua dgn suami, ada plak sambal belacan dan ulam ckup berselera deh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...