Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, August 16, 2016

Udang Goreng Telur Masin

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' 
(Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga, sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah swt forgive our sins we have done and accept our doa, Ameen.
ni pon lauk dkat 3 minggu dh, buat sblum pindah ke rumah baru hjung bln lepas..kbetulan telur masin yg homemade ada 3 biji, nk cuci botol maz godek la buat udang telur masin ni..yg buat sblum ni ada kat sini, cuma kli ni maz guna allpurpose flour dan masuk baking powder sikit..tepungnya berkerak elok dan tebal, sni telur masin xde jual..kena buat sdrik, dh 3x buat telur masinnya..tu pun ada sbtol yg bru buat 2 minggu lepas, esk lusa bleh la try rebus..cuma klu rebus maz je yg mkn, suami xminat la plak telur masin rebus ni, sma mcm ikan masin..pastu msa duk update udg ni suami lalu kut belakang, tetiba dia bersuara ckp udg tu dh lama kan, adoii! suami pon ingat..ok la stop sni dlu, InysaaAllah jumpa lagi dan maaf  atas segala kekurangan yg ada..

UDANG GORENG TELUR MASIN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 15 ekor udang saiz sederhana 
  • 3 biji kuning telur masin 
  • 2 ulas bawang putih - cincang *
  • 4-5 biji cili padi - potong halus *
  • 1 tangkai daun kari *
  • 2-3 sudu besar mentega tanpa garam/unsalted
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
  • 1 cawan tepung serbaguna/tepung gandum 
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk pati ayam - kurangkan jika guna mentega bergaram
Cara

1. Kupas kulit udang, tinggalkan ekor saja dan toskan biar kering sepenuhnya, jika perlu lap dengan tisu dapur.
2. Panaskan kuning telur dalam microwave selama 6-7 saat atau bergantung pada microwave masing-masing, kemudian tekan dengan garfu biar hancur berderai, ketepikan dulu.
3. Masukkan udang dalam telur 1 biji tu, sebatikan tepung dengan serbuk penaik (tepung tu boleh masukkan dalam plastik bersih agar tepung tak bertabur), masukkan udang dan goncang biar udang bersalut dengan tepung sepenuhnya, biar tebal.
4. Panaskan minyak secukupnya, goreng udang hingga biar sedikit perang dikedua bahagian, angkat dan toskan.
5. Panaskan mentega dalam kuali bersih, masukkan bahan bertanda * dan masak sekejap biar mentega cair, kemudian masukkan telur masin tadi dan masak biar sedikit berbuih-buih sambil dikacau agar tidak berketul.
6. Perasa dengan sedikit serbuk pati ayam, masukkan udang dan balik-balik biar udang sebati dengan telur dan kering sikit.

rsanya buat udg ni masa masak menu kedai tomyam, lauk yg ckup sedapp! rasa lemak dri telur masin buat mkn xnk stop..selain udg bleh juga buat sotong dan ketam telur masin, cuma maz rsa klu buat ketam ni mcm susah je nk mkn deh..telur masin tu maz cuma panaskan dlm microwave je 6-7 saat, nk senang keje..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...