Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 21, 2011

Grill Prawn & Garlic Butter Sauce

Assalamualikum..1 lgi kjdian udg yg dimsk utk dner..kbtulan stok udg pun bnyk..bsar2 plak tu..jdi diproses grill mcm ni je..buat garlic btter sos ala2 sos fish n chip kat manhattan fish market gituw..rspi tu kita main hntam je..janji kna dgn slera kan...
 pastu ada sour cream skli..xyah susah2 nk p mkn kat kdai lgi dah..bnyk jimat ni..

Grill Prawn & Garlic Butter Sauce by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  •  10 ekor udang - maz guna saiz besar
  • 3-4 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted butter)
  • sedikit fresh thyme
  • sedikit tako spice (mexican herba)
Cara

1. Udang dibelah belakang sampai ke kepala dan buang urat. Cuci bersih dan toskan.

2. Cairkan sedikit butter dalam microwave dan campurkan dengan thyme. Kemudian lumurkan pada seluruh udang. Taburkan sedikit tako spice. Perap dalam 1 jam.

3. Kemudian boleh la dipanggang dengan cara buka belakang udang yang dibelah dan letak atas pembakar, kemudian bila dah masak, balikkan belah satu lagi pulak.

Garlic Butter Sauce
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
  • 1 sudu besar mentega tanpa garam (unsalted)
  • 1/4 cawan whip cream
  • sedikit susu segar - jika perlu
  • sedikit dry oregano

Cara

1. Dalam kuali, cairkan butter. Kemudian masukkan bawang putih. Masak dalam 1 minit.

2. Masukkan whip cream dan kacau sebati, guna api perlahan. Perasakan dengan sedikit garam dan padamkan api. Kalau pekat sangat boleh tambah 2-3 sudu besar susu segar. Taburkan sedikit oregano. Siap.

3. Boleh la dihidang bersama sour cream dan salad pilihan - maz buat potato salad sekali.

nk bgi kemas prut..kita buat potato salad skli nga salad segar..klu mkn udg tu je tkut xknyang la plak kan..hehee..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...