Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 21, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)

Assalamualikum..tetiba je tngan ni trasa nk mbking..cri2 rspi kita cba la buat kek rspi Kak Fida.myr ni..kek ni pun xprnah buat lgi sblum ni..buat 1/2 rspi..kukus dlm pryok je..xde loyang kcik..

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus) by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 ) - maz buat 1/2 resipi je
  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali) - maz guna milo, koko xde stok

Cara-cara

1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
2.Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.

3.Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.

4.Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.

5.Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.

6.Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.

7.Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.

8.Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.

9.Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.

10.Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.

rsnya lebih kurang nga rspi2 kek kukus atau apam yg gna ovallate yg lain..sedap dan lembutt..buat 1/2 rspi pun xhbis..last2 brkulat lam tware..msuk tonggg la jgkk..kita memang kurengg sngat kek2 ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...