Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 28, 2011

Thyme Chicken with White Lemon Sauce on Pasta

Assalamualikum..klu msk pasta sos ptih mcm ni smua sukee..memang licin..klu yg jnis sos mrah tu kurang smbutan sikit..utk sos kli ni saja cba buat ala-ala sos salmon kat IKEA..wpun xthu apa ikea guna utk sos salmonnya..kita main hentam je lah brpndukan pda lidah yg prnah mrasa sos lemon  salmon ikea sblum ni..memang kena dgn slera rkyat seisi rmah..pasti akan buat lgi..

Thyme Chicken with White Lemon Sauce on Pasta by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 4 ketol ayam - cuci bersih, jangan buang kulit dan toskan (maz guna whole leg saiz kecik)
  • sedikit thyme
  • sedikit garam dan serbuk lada hitam
  • 1-2 sudu besar mentega - maz guna mentega tanpa garam (unsalted)
  • 1-2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
  • sedikit tepung gandum

White Lemon Sauce

  • 1/2 labu bawang besar - didadu/cincang kecil
  • 1 sudu besar mentega - maz guna mentega tanpa garam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 biji lemon - jangan buang kulit, dipotong memanjang 4-5 keping
  • sedikit air - jika perlu
  • sedikit serbuk pati ayam sebagai perasa

Pasta

1/2 bungkus spaghetti - didihkan air, masukkan sedikit garam dan minyak zaitun. Kemudian masukkan spagthi dan rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan, gaul dengan sedikit minyak zaitun dan secubit serbuk pati ayam serta daun dill. Ketepikan.

Cara

1. Gaulkan sedikit garam, lada hitam dan thyme pada seluruh ayam (garam dengan lada hitam tu sikit je, buat syarat gitu). Kemudian lumurkan sikit tepung pada kulit ayam.

2. Panaskan oven suhu 200 C.

3. Panaskan kuali leper (kalau boleh guna bukan yang jenis non stick) tujuannya nak bagi kulit ayam berkerak. Kemudian masukkan mentega dan minyak zaitun. Bila minyak dah panas letakkan ayam. Biarkan selama 2-3 minit agar sedikit garing. Kemudian balikkan sebelah lagi pulak. Buat sampai habis.

4. Kemudian susun ayam dalam loyang yang sesuai, tutup dengan aluminium fail dan cucuk-cucuk permukaan aluminium foil dengan garfu agar udara mengalir semasa proses membakar dan bakar dalam oven selama 35-40 minit atau sehingga ayam masak.

5. Sementara ayam masak, sediakan sos putih. Panaskan kuali goreng ayam tadi. Masukkan mentega dan minyak zaitun. Masukkan bawang besar, masak sehingga bawang sedikit layu. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau guna senduk kayu agar tepung sebati. Guna api perlahan.

6. Masukkan susu segar, whipping cream dan lemon. Guna api perlahan je. Kacau sekata agar tidak berketul. Masukkan air secukupnya (agak-agak la ye, jgn cair dan jgn pkat sngat) dan perasakan dengan sedikit serbuk pati ayam secukup rasa. Biar seketika agar lemon lembut. Guna api perlahan. Kalau pekat boleh tambah air lagi dan suaikan rasanya. Padamkan api.

pastu rbus kntang jgk skit..mlmnya layan nga ubi kntang plak..memang klu set ayam kat ikea tu mkn nga rntang rebus..

5 comments:

  1. aslmkum maz.. myelerakan sungguh pasta lemon ni.. rasa bkroncong pulak perut ni bila tgok lama2.. kt tmt akk ni lepas hujan.. mmg rasa lapo.. akk tengah mgepaw lagi ni taw.. hihihi..cam kemaruk pulak.. tq rspi 3s maz tu..

    ReplyDelete
  2. askm kak maz..lama x masuk dapur kak mz ni.....lama x dgr khabar juga...ari tu ira cuba bukak blog kak maz x boleh...ni baru boleh bukak.....menarik dan sedap nampak ayam lemon ni......

    ReplyDelete
  3. fuiyoooo daaapnyerr mazzz..akak nk gak sepiring!!

    ReplyDelete
  4. wahh.. singgah umah kak nor tayang spagetti, singgah sini pun spagetti jugak.. tiba2 terasa nk pakai contact lense kaler biru laa.. hihi.. nmpk sedap betul laa pasta akak ni. biasa tun sekeluarga suka mkn kuah merah wat pedas2. sesekali kalau tukar kuah cream gini ok jugak.

    ReplyDelete
  5. maz~kak zana..
    wsalam kakk..ooo mngepau lgik yee..tkpe kak smtara tgh rjin..bleh la buat kann..lgipun skjap je siap..3S kan..muahhh..set ayam ni memang sdpp la bgi slera klrga kita..bleh buat lgi..nk bgi pun dh licin kak...hehee..

    maz~eira..
    wsalam..ooo ye ke..memang sbb sblum ni kmaz tutup dpur ni..bertapaa..hehee..kak sklrag sihat..mksih ye eira sdi sngah jnguk kmaz..bgi slera klrga kak memang sdpp la..licin 1 kuali..

    maz~kak inahar..
    nti kita buat yg lain plak la ye kak...ni ni dh lama slamat..muahhh...

    maz~tun..
    sna sni biru mata hitamku yee..leh nyanyi tu...hehee..umah kmaz klu yg merah tu xlaju sngat..jnis ptih2 berkrim mcm ni cpat la smbutannya..slalu buat pun tkpe..tkpe la tun kan..ikut slera..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...