Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, November 21, 2011

Laksa Penang

Assalamualikum..ni memang mnu pbret suami la..brmgkuk2 bleh dihbiskan skli mkn..sma la mcm petai kat bwah tu..daun ksum nga bunga kantan ni pun mai khas dri msia jgk..utk kuahnya kita gna ikan tnggri..sbb ikan tu yg ada lam pti..kbtulan msa p psar tu..kita bli ikan tnggri ni smpai 2 ekor..reganya 7 dinar..tamakknyeee..rspi sma je mcm yg duk buat sblum2 ni.. kat SINI pun ada..

Laksa Penang by ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 bungkus laksa - rebus sehingga lembut, toskan (maz guna brand twinty)
  • 2 ekor ikan kembong/sardin saiz besar- cuci bersih-bersih (kali ni maz guna 4 keping ikan tenggiri)
  • 1 tin kecil sardin - buang sosnya
  • 3-4 ulas bawang merah
  • sedikit belacan
  • 1 senduk cili mesin @ 4-5 sudu besar (cili kering direbus dulu dan dikisar)
  • 2-3 kuntum bunga kantan - dibelah
  • 1 ikat kecik daun kesum - amik bahagian yang lembut
  • garam, gula dan pak aji secukup rasa
  • 3-4 keping asam keping
  • 4-5 cawan air
  • 4 biji telur rebus
  • 1 labu bawang besar - hiris nipis-nipis
  • 2 batang timun - dihiris nipis ( maz guna timun jepun)
  • 3 biji cili merah @ cili padi - dipotong nipis-nipis

Cara-cara

1. Masukkan ikan yang telah dicuci bersih tadi ke dalam periuk, rebus bersama 1 cawan air, 3 keping asam keping, 1 sudu besar gula, 1/2 sudu kecil garam, sedikit pak aji dan sedikit nesan sebesar ibu jari (gula melaka). Rebus sampai ikan masak, sejukkan dulu dan bolehkan dibuang tulangnya. Air rebusan ikan ni jangan dibuang, simpan. Ketepikan

2. Bland ikan rebus yang telah dibuang tulang tadi bersama dengan 1 cawan air, ikan sardin, bawang merah dan belacan sampai hancur .

3. Dalam periuk masukkan bahan yang telah dikisar tadi, asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air rebusan ikan tadi serta 3-4 cawan air lagi. Masak sampai mendidih. Kemudian masukkan garam, gula, pak aji dan perasakan secukup rasa. Biar ada rasa masam yang sedikit menyerlah dan rasa masin yang seimbang dengan rasa manis. Masak dengan api perlahan buat seketika lagi agar kuah menjadi sedikit pekat. Padamkan api.

4. Masukkan laksa dalam mangkuk dan boleh lah dihidang bersama dengan timun, telur rebus, bawang besar dan cili padi.

mgkin sbb gna ikan tnggri kuahnya agak cerah skit..xkisah la ye tang wrna tu..janji sdppp..memang licinn..sbnarnya smjak mai ni dah 2x buat laksa penang ni..sbb suami memang suke sngattt..ooo nk tnya la klu sapa2 yg thu ye..apa beza laksa penang..laksa kedah..laksa utara ye..adakah sma je..cma pngil je lain2..atau memang brbeza..kita xthu la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...