Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Monday, May 25, 2015

Sira Labu

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..tak thu la berapa lama lagik semangat ni boleh bertahan, tu yg xberapa rajin dh update dapur maya ni..mood berblog makin sayu..lama sungguh la xbuat sira labu ni..teringat zaman budak2 masa kat kmpung dlu, sira labu ni kira pemes la..salah 1 hidangan yg mesti ada kat kenduri kahwin..tpi sekarang ni susah sangat dah nk jumpa sira labu ni kat kenduri, memang xde dah la rasanya org buat..maz memang sukaaa sangat mkn sira labu ni..wpun sejenis pencuci mulut, tpi org klante mkn dgn nasi..nk mkn saja gitu pun boleh..sedapp! Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

Sira Labu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji labu - maz guna butter pumkin yg jenis kecik tu
  • nisen/gula melaka secukupnya
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • sedikit kapur sireh
Cara

1. Dalam bekas masukkan air dan sebatikan dengan sedikit kapur sireh, dalam 2-3 cubit gitu la.
2. Labu yg telah dikupas dipotong panjang ikut lurah labu dan rendam dalam air kapur sekejap sementara tungguh air nisen mendidih.
3. Dalam periuk masukkan semua bahan diatas kecuali labu dan air secukupnya (agak-agak la ye air tu, jangan banyak kira tenggelam separuh dari labu gitu la) dan masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan labu (tos dulu) dan tutup periuk, masak dengan api sederhana hingga labu empuk dan sirap tinggal separuh, masa duk masak ni rasa kuahnya tu kalau rasa kurang manis boleh tambah nisen atau gula pasir, maz tak sukat pun.
5. Boleh dihidang bersama nasi minyak, nasi tomato atau makan gitu pun boleh.

guna butter pumkin yg jenis kecik2 comel tu..skjap je masak..sira ni nk buat pun mudah sangat2 la, xpayah kena kacau apa..

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...