Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, May 14, 2015

Chocolate Lava Cake

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..beratnya rsa nk mengadap blog..idea pun xde nk tulis apa ni, rsa blur je..mood berblog dah makin ke senja, kek ni lama sangat peramnya..buat masa kak long dtg bercuti hujung thun lepas lgik, 3x berturut buat lava kek ni utk dia..kak long minat sangat dgn kek coklat gini..rspi sama je mcm yg updated dulu..ada kat sini..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

memang sedapp la, teksturnya sedikit berkerak diluar, tpi dlmnya masih cair ala volcano gitu...

Chocolate Lava Cake by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 112g coklat masakan - maz guna dark chocolate
  • 114g mentega tanpa garam 
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 biji telur saiz A
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 1/2 cawan allpurpose flour
  • 1/4 sudu kecil garam - abaikan jika guna mentega biasa
Cara

1. Panaskan oven 160 C dan sediakan bekas aluminium yang sesuai atau ramekin, sapu sedikit mentega seluruhnya.
2. Dalam bekas yang sesuai satukan coklat dan mentega, masukkan dalam microwave selama 1 minit, kacau sebati hingga coklat cair sepenuhnya atau boleh guna kaedaan double boil.
3. Kemudian masukkan gula dan sebatikan, masukkan telur dan essen vanilla, kacau sebati.
4. Masukkan tepung, garam dan kacau sebati, tuang dalam bekas yang telah disapu mentega tadi kurang sikit dari 3/4 setiap bekas.
5. Bakar selama 12-13 minit, atau bergantung pada oven masing-masing, masa keluar dari oven kek memang sedikit lembik/goyang di tengah. Jangan terlebih bakar nanti jadi seperti kek biasa, kalau buat saiz kecil kurangkan sikit waktu membakar dan untuk saiz yang maz buat tu boleh dapat 4 biji.
6. Sejukkan sekejap dalam 5 minit, guna spatula untuk renggangkan keliling kek.

kek gini kena mkn yg masih suam gitu bru dpt nikmati lava tu..memang bleh hbis 2 bijik, klu beli kat domino ni 2 dinar atau dekat 20 henggit..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...