Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Wednesday, May 20, 2015

Gulai Lemak Daun Kunyit Isi Ikan Kerapu

Assalamualaikum w.b.t..'La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin'..apa kbar semua, pagi ni pun cuba kuatkan semangat berblog yg dh makin luntur ni..masih lgi dgn menu bln lepas, mcm biasa la gaya masak yg sama je..klu lauk berkuah tu balik2 wrna kuning, cuma kli ni letak daun kunyit skit mcm gulai udang ni, memang sedapp la klu aroma daun kunyit tu kan..ada plak sambla belacan, bleh terbabas segala pantang larang tu deh...terima kasih sekali lagi pada yg masih sudi singgah dapur kecik ni, mohon maaf sejak kebelakangan ni dapur jarang berupdate...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

kat sni ikan kerapunya besarrr2, yg sebesar saiz budak pun ada..klu kat pasar tu peniaga guna kapak nk potong2, dijual yg dh siap potong gini la..ni maz bli kat pasaraya, sbenarnya ni pun bahagian   kepala ikan dah..tpi sbb ikan besar, tu yg isi banyk...

Gulai Lemak Daun Kunyit Isi Ikan Kerapu by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g isi ikan kerabu sekali dengan tulang - maz guna ikan kerapu saiz besar
  • 2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 1-2 biji cili padi merah @ cili merah *
  • 1 helai daun kunyit - koyak sikit
  • 1-2 biji terung/timun
  • 2-3 biji cili hijau
  • 1 keping asam gelugur/asam keping
  • garam gula secukup rasa
Cara

1. Cuci ikan bersih-bersih dan toskan.
2. Tumbuk lumat bahan bertanda *
3. Dalam periuk satukan semua bahan kecuali ikan dan bahan perasa, masak hingga mendidih dan terung sedikit layu sambil dikacau selalu.
4. Masukkan ikan dan sedikit garam gula, masak sekejap lagi biar ikan masak dan suaikan secukup rasa.
5. Boleh la dihidang bersama nasi putih dan sambal belacan.

Alhamdulillah atas nikmatNya..memang best la ikan2 semuanya fresh sbb bahrain ni kelilingnya laut..ikan2 xsempat nk rosak sebab dekat benar pasar dgn jeti2 nelayan..tpi jarang jgk beli sbb anak2 xsuka ikan, wpun ikan jenis isi putih gni..klu ikan yg jenis berbau tu lgi la, tukang masak sdrik pun xleh mkn mcm ikan talapia tu...pernah bli skli...masa cuci nak masak tu, bnyknya lendir ikan tu! pastu rebus letak kat tepi tong sampah luar rumah bagi kat kucing, tekak ni xleh nk terima...huhuu...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...