Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, May 28, 2015

Baked Chili Potatoes

Assalamualaikum w.b.t..'Allahuma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..apa khbar semua..bertemu sekli lagi, mungkinkan ini hari2 terakhir update dapur maya ni..berat sungguh nk duk depan lappy sekarang..tpi itulah hakikatnya..ni pun amik masa skjap sebelum kluar hntar anak skolah, skrang ni mlm makin pendek, pukul 5 tu terang benderang dah..pgi ni cuci mata dgn kentang bakar ni, kejdian bulan lepas lagik..ada 2-3 kedai jgk yg jual kentang bakar ni..tu yg terasa nk cuba buat sdrik..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurungan yg ada...

licin sampai ke kulit la, sedapp sbb ada rasa dan sedikit garing gituw..utk kulit tu maz lumur mcm buat kentang wedges ni..

bru kluar oven dan belum dimake up lagik...

Baked Chili Potatoes by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 biji kentang saiz sederhana
  • 1 mangkuk kecil chili - resipi kat sini
  • 2-3 sudu besar sour cream
  • mozarella cheese/cheese keping secukupnya - maz guna kedua2
  • sedikit tomato dadu
  • sedikit daun parsley kering
  • sedikit cayyene papper *
  • sedikit serbuk kari *
  • sedikit serbuk pati ayam @ garam *
  • sedikti minyak zaitun
Cara

1. Panaskan oven suhu 230 C dan sediakan loyang yang dialas kertas baking.
2. Cuci kentang dan lap biar kering, cucuk-cucuk kentang dengan garfu, kemudian lumurkan dengan sedikit minyak zaitun, tabur bahan * dan lumur keliling kentang.
3. Letak dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit atau hingga lembut.
4. Bila dah masak keluarkan dari oven, potong bahagian atasnya 3/4 gitu, kemudian korek isi kentang dengan sudu dan gaul dengan sour cream.
5. Masukkan balik isi kentang tadi, kemudian letak chili secukupnya dan cheese.
6. Masuk balik dalam oven (masa ni suhu 170) dan masak sekejap lagi biar cheese cair.
7. Tabur sedikit buah tomato jika suka dan sedia untuk dihidang.

memang kenyang la hbis sbjik ni..sarat dgn mcm2 dlm tu.. 

nk buat kentang bakar gini xde la susah mana kan..dlm tu terpulanglah pada kita nk isi apa..nk yg jenis simple je atau sarat dgn mcm2..maz letak beef chili, memang dappp la layan yg baru kluar oven tu...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...