Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, May 3, 2015

Sekali Lagi..Kari Kepala Ikan Ala India

Assalamualaikum w.b.t..'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar'..bru brkesempatan nk duk depan lappy...ye la kan klu cuti tu ada je la aktvti yg menunggu...kari kepala ikan ni pun menu ulang tayang je, dah berbulan jgk kena peram...yg buat sebelum ni ada kat sini kari indian stail ni...kli ni letak kacang bendi...suka ratah sayur tu...pas mkn nasi tu asik duk cium tangan je...bau karinya ada lagi...Insyaa Allah semoga bersama lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada...

Kari Kepala Ikan Ala India by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ketul kepala ikan - maz guna ikan sherry
  • 4-5 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 sudu kecil jintan manis (fennel) - tumbuk halus sikit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 3 sudu besar serbuk kari ikan, bancuh dengan sedikit air - maz guna serbuk kari ikan faiza
  • 1 bijo tomato - dadu
  • 1 tangkai daun kari - ramas-ramas sikit
  • 1 sudu besar daun ketumbar cincang
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 biji cili padi
  • 10 biji kacang bendi
  • sedikit nisan, garam dan gula secukup rasa
  • minyak sayur untuk menumis secukupnya
Cara

1. Cuci kepala ikan bersih-bersih dengan air asam jawa, toskan.
2. Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak secukupnya, masukkan halba campur, biar sekejap, kemudian masukkan bahan tumbuk, daun kari dan tumis biar wangi bersama rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga).
3. Masukkan serbuk kari, kacau sebati dan tumis biar pecah minyak dengan api perlahan. Masukkan buah tomato dan daun ketumbar, kacau sebati.
4. Tumis biar rempah masak dan pecah minyak sambil ditambah air sikit-sikit (3-4 sudu sekali masuk), ulang cara ni 2-3x, kemudian masukkan nisan.
5. Masukkan cili padi dan air (jangan banyak ye, dalam 1 cawan gitu ke, bergantung pada saiz kepala ikan), kemudian masukkan kepala ikan, tutup periuk sekejap biar ikan masak dengan wap, kemudian balikkan kepala ikan perlahan-lahan, masukkan kacang bendi.
6. Perasa secukup rasa, masak sekejap lagi biar ikan masak dan mesra dengan kuah serta sayur lembut sikit.
7. Boleh la dihidang dengan nasi putih dan papedom jika suka.

abangngah dgn afiq mcm biasa la amik kuah je...xmkn ikan...babanya la yg suka sangat klu kari gini...puas hati katanya...sedappp...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...