Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Tuesday, December 1, 2015

Lemon Chicken Chinese Style

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus ketika dlm perut ikan..pestime jgk buat lemon chicken ni, smjak kebelakangan ni mood rajin explore menu baru la plak, ayam lemon ni kira menu pemes kat chinese dan thai restoran..memang sedap layan dgn nasi putih, tapi pasangannya tak kena la klu buat masak lemak deh..boleh keluar blik rsanya,  maz buat layan dgn tomyam..adoiii! tomyam xlepas dri dapur ni, 2x seminggu pun berlaku! sebagai panduan sos lemon tu maz tgk kat blogchef ni, tapi tak ikut 100%..yg lainnya maz buat cara sendiri, Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas kekurangan yg ada..

yg dh siap digoreng dan ready utk buh dlm pinggan, boleh buat kepingan gini pastu potong la atau boleh goreng saiz kecik2..maz buat gini sbb kat restoran biasanya hidang yg jenis keping gini..

LEMON CHICKEN (CHINESE STYLE) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1-2 keping dada ayam - belah biar jadi kepingan nipis
  • 1/2 cawan allpurpose flour/tepung gandum*
  • 2 sudu besar tepung beras *
  • 1/2 sudu kecil baking powder *
  • sedikit serbuk pati ayam@garam *
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur - kocok dengan garfu
Sos Lemon
  • 200ml air
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2-3 keping lemon potong
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • 1 sudu besar minyak sayur
  • sedikit serbuk pati ayam
Cara

1. Buat sos dulu, satukan semua bahan kecuali 2 bahan terakhir, kacau biar sebati.
2. Dalam periuk panaskan minyak, masukkan no 1 dan sedikit serbuk pati ayam, masak sambil dikacau selalu hingga sos jadi pekat dan berkilat, padamkan api.
3. Untuk ayam, susun kepingan ayam atas papan pemotong, lapik dengan plastik bersih dan tumbuk sikit dengan pengelek atau batu lesung biar jadi nipis, tapi jangan sampai pecah daging tu ye.
4. Gaul ayam dengan sos tiram, satukan bahan bertanda * dan ratakan atas pingan besar, panaskkan minyak untuk menggoreng secukupnya.
5. Celup ayam dalam telur kemudian golek dalam bancuhan tepung biar bersalut semua, pastu celup sekali lagi dalam telur dan masukkan dalam tepung semula, maz buat 2x proses ni agar keraknya tebal sikit.
6. Goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan.
7. Potong kepada beberapa bahagian dan tuang sos lemon secukupnya.
8. Sedia untuk dihidang ketika masih panas bersama nasi puith.

anak2 mesti suka ayam ni..sosnya sedikit manis, tapi sedapp, membangkitkan selera dgn aroma lemon segar..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...