Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Thursday, March 10, 2016

Thai Boat Noodle

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma La ilaha illa annta subhaanaka inni kuntu minaz zolimin' (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim), doa Nasi Yunus as ketika dlm perut ikan, sama2 kita amal baca dikala keresahan atau dlm masalah, semoga Allah SWT always protect us, our loved and keep us safe, Ameen
bersua sekali lgi, semoga sentiasa dlm rahmatNya..nak kata mood dh rajin xjgk kut..cuma bersemangat plak nk hbiskan gambar dlm folder tu..layan menu siam lagik deh, bleh terjadinya thai boat noodle ni sbb diet la..tpi kejdian bln 2 lgik, kononnya nk cari menu yg berkhsiat! jenis sup gitu, kebetulan dlm pantry ada sbungkus rice stick thai yg beli dh lama la jgk..lalu dtg la ilham nk buat sup siam ni, kira seangkatan dgn mee celup la..Alhamdulillah puas hati, sedap! anak2 pun suka sangat..suami memang la pabretnya jenis berkuah gini, dh 3x la buatnya! skli tu guna ayam, Inysaa Allah sampai bersama lgi dan maaf atas segala kekurangan yg ada..

sbhgian dri bahan yg guna utk buat sup ni, cuma msa snap ni trlupa la plak nk letak rempah 4 sekawan skli..sedap supnya, dgn bau akar ketumbar tu, itulah rahsia sup siam..

THAI BOAT NOODLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging - potong 4
  • 3 ulas bawang putih - ketuk sekali dengan kulit *
  • 1/2 labu bawang besar bombay - belah 2 sekali dengan kulit *
  • 2-3 pokok akar daun ketumbar *
  • 1 kayu manis *
  • 3 bunga cengkih *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 5 biji lada putih (white pepper corn) *
  • 5 biji lada hitam *
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap ikan (fish sos)
  • sedikit cuka
  • sedikit gula, garam dan aji
  • mee beras thai (rice stick noodle)- rebus biar lembut
  • kangkung celur
  • bawang putih goreng/cili flakes/asam limau/daun ketumbar cincang/kacang tanah tumbuk
Cara

1. Dalam periuk tekanan (presure cooker), masukkan air secukupnya (dalam 1 1/2 liter), semua bahan bertanda * dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan daging, sos tiram, semua jenis kicap dan perasa secukup rasa dengan sedikit garam, gula dan aji, tutup periuk tekanan dengan sempurna dan masak dengan api perlahan selama 40 minit.
3. Bila dah masak, suaikan secukup rasa dengan sedikit cuka, keluarkan daging dan hiris nipis,
4. Boleh la dihidang bersama thai rice noodle, kangkung celur dan bahan samping yang lain.
5. Untuk buat bawang putih goreng, cincang 2-3 ulas bawang putih dan goreng dengan sedikit minyak sambil dikacau selalu hingga perang, guna api kecil, toskan.

Nota ilhamdapur : kicap manis tu boleh tambah jika warna sup kurang gelap, sukatan ni kecik je, tu yang air untuk sup pun tak banyak, kira padan dengan daging dan bahan rempah, boleh juga guna kuew teow jika takde thai noodle.

ni rice stick yg maz guna, celur je skejap..sni barang siam mcm2 ada sbb org thai ramai, nk guna utk buat laksa siam pon bleh ni, cuma maz xgemar sangat laksa siam ni, dulu time raya klu pergi rmah saudara belah datuk kat Golok memang wajib ada menu laksa pagi raya...

ni versi kuah banyk, pasni xwindu dh la dgn mee celup..Inysaa Allah dh bleh buat sndrik, klu xnk mkn nasi..bleh lah tukar selera skli sekala dgn sup siam yg sedap ni..

supnya xde tumis apa, main lebur je semua..menu ringkas yg mudah dan berkhsiat! memang sedapp la, rsa mcm mkn mee celup..mee thai sayurnya guna kangkung, bkn sawi..pastu dgn wangi bawang putih yg digoreng, tpi bawang putih ni klu xnk buat pon tkpe..ckup dgn kacang tanah dan cili flake..

3 comments:

  1. Sedap tu ..
    Dah lama tak makan...selalunya balik kampung baru makan..
    terlior pulak tengok :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kena dgn selera kmaz sklrga, tu la Adda..biasa duk mkn mee celop deh..

    ReplyDelete
  3. Nk kirim beli thai stick rice tu boleh x?
    Ni no phone sy..boleh wassap 0172995221

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...