Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Friday, November 6, 2015

Murtabak Ayam

Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), bertemu skli lgi..sementara ada kelapangan ni tepek je la dlu deh, lepas jumaat nti tkut xdan nk duk depan lappy ni..maklum la hri minggu, belah ptg hntar anak ke discovery islam plak..adoii! malu nk ckp psal gambar ni, tpi rsanya xpyah nk cerita lgi dh kan..tgk ada buah tamar tu pun dh tahu bila punya murtabak ni! ye memang menebar msa ramadhan hritu lagik! masih ada skit lgi pic lelama tu..takpe la ye dh lama basi pun, selepas buat yg dlm puasa hritu xbuat lgi la, cuma ada buat roti canai je..tpi xdan nk snap pun, ye la kita la tukang tebar, pastu nak balik yg atas kuali lgik..tangan plak dgn minyak, mna dan nk pegang kamera..pastu masak je terus diambil dh oleh tuan punya masing2 nk mkn..kang nk tunggu semua masak sejuk plak jdinya, pastu maz buat roti telur atau roti pisang..roti canai kosong anak xsuka..utk kulit tu jujurnya maz main buat ikut sedap je mcm yg murtabak sardin sblum ni, sukat pun ala kadar..yg penting doh tu kena lembut dan uli lama sikit, Inysaa Allah boleh tebar dgn elok, xkoyak dan rangup masa masih panas tu..selamat berhujung minggu, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf  atas khilaf yg ada..

MURTABAK AYAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Doh
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 100ml air
  • 3 sudu besar susu segar
  • 1 sudu besar mentega lembut
  • sedikit garam
Cara

1. Dalam mangkuk satukan air, susu dan garam, kemudian masukkan tepung sikit-sikit sambil dikacau biar bersatu.
2. Masukkan mentega dan uli hingga jadi doh yang lembut selama 10-12 minit, kalau rasa lembik sapu tepung sikit kat tangan masa uli tu.
3. Ambil sedikit doh dan buat bulat sebesar bola ping pong kemudian lumur mentega dan susun dalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit mentega kelilingnya, buat bulat sampai habis.
4. Biar 4-5 jam dulu sebelum ditebar, bila dah tebar isi dengan inti secukupnya dan goreng seperti mamak goreng roti canai atau orang goreng murtabak tu. 
5. Doh ni kalau tak habis boleh simpan dalam peti (tutup la mangkuk tu) dan letak kat luar 2-3 jam dulu bila nak guna.

Inti
  • 1 cawan daging ayam kisar
  • 2 labu bawang besar - cincang
  • 2 biji ubi kentang - dadu
  • 2 sudu besar serbuk kari daging/ayam + bancuh dengan air sikit
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin) 
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • telur secukupnya
 Cara

1. Panaskan sedikit minyak (dalam 2-3 sudu besar), kemudian masukkan 1 sudu besar bawang cincangntadi, masak biar naik bau.
2. Masukkan serbuk jintan, kacau sekejap, masuk serbuk kari dan tumis sebentar.
3. Masukkan isi ayam, kacau sebati, masukkan air sikit (agak2 la ye jgn banyak sangat) dan ubi kentang.
4. Bila ubi dah sedikit lembut masukkan bawang dan perasa secukup rasa, masak biar sedikit kering sambil dikacau sekali sekala.
5. Untuk sediakan murtabak, pecah 2-3 biji telur dalam mangkuk, kocok dengan sudu dan masukkan inti (dalam 1 senduk)sebatikan.
6. Amik sebiji doh tadi, leperkan guna telapak tangan, tebar biar jadi saiz bulat besar atau tarik perlahan-lahan, kemudian ratakan inti secukupnya, lipat 4 segi biar kemas dan masak seperti masak biasa atas kuali (maz guna kuali roti canai yang hitam tu), bawa khas dari Msia, kuali tu kena panaskan dengan sedikit minyak, macam nak buat roti canai.

tgk yg ni rasa mcm dh sampai seru suruh menebar la, inti yg lebih buat samosa pun ada lgi..bleh jdi la tu deh, klu anak tgk ni sure mintak roti canai telur la jwbnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...