Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...

Sunday, November 21, 2010

Sambal Udang Petai

Assalamualaikum..smbal udg ni lauk yg kita buat mkn nga nsi lemak limau purut hari tu..memang ngam sngat la prnernya ni kan..sdpppp..kbtulan petai yg kita bwa ada lebih 4-5 bijik lgi..jdi msuk je la skli..sblum2 ni dh prnah msk brsmbal mcm ni..cma kdang2 tu bila msk ada kita tkar bhn2nya ikut apa yg ada kat dpur dan tgk apa yg rsa nk letak..janji jdi brsambal dah la ye..bleh jgk tgk kat SINI..


Sambal Udang Petai
Bahan-bahan
  • 10 ekor udang saiz sederhana
  • 1/4 cawan cili kisar (rebus cili kering dan kisar)
  • 1 labu bawang besar - dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 batang serai -diketuk
  • nesan kerek @ gula melaka sebesar ibu jari
  • sedikit gula dan serbuk pati ayam sebagai perasa
  • sedikit belacan dan air asam jawa
  • minyak masak secukupnya
  • air secukupnya
Cara :

1. Cuci udand bersih-bersih dan toskan.

2. Panaskan minyak (dalam 1/2 cawan), masukkan bawang putih dan biar sehingga bawang kekuningan. Masukkan cili kisar, serai, nesan dan bawang besar. Masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan. Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa dan belacan. Kacau sekata dan tumis seketika lagi.

3. Tumis sehingga cili benar-benar masak, kemudian masukkan sos cili dan tambahkan air sikit-sikit bila hampir kering (tujuannya agar sambal kurang pedas). Masukkan petai.

4. Kemudian baru masukkan udang dan perasakan dengan sedikit gula dan serbuk pati ayam. Balik-balikkan agar sekata dan masak seketika lagi sehingga udang masak. Siap..

3 comments:

  1. kak maz...lawooo nyer warna sambal ni..nak pulak makan dengan nasi lemak..ya aAllah..memang feberet!!! lama dah tak makan udang..sob sob

    ReplyDelete
  2. ~ shafa..
    udg ni memang sdp aje..msk la mcmana pun kan..hehee..

    ~ izah..
    tu yg kmaz msk tu..nk bgi mkn bnyk..bior brlemak2 lgi bdn ni..hahaa..blik msia nti kmaz krus blik la..sbb kat sna jarang amik nsi2 ni..nti p cri udg ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...